Rabu, 7 Mac 2012

Kampung Bukit Gemuroh/PESTA MENGEMPING

Bukit Gemuroh Village


                      Baru-baru ini, satu pesta emping telah diadakan pada 2hb Mac 2012 bertempat di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu. Pesta ini diadakan sempena keberangkatan Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah mencemar duli ke daerah Hulu Terengganu. Pesta ini dianjurkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu. Pesta mengemping ini dikatakan mencatat sejarah kerana seramai 160 buah kampung @ 650 orang ahli telah menyertai pesta ini, termasuk warga Kg Bukit Gemuroh. Ia cukup meriah dengan bunyi - bunyi tumbukan alu di lesung iwalaupaun ketika itu hujan renyai renyai..

                      Untuk memeriahkan majlis ini, pelbagai acara permainan telah dianjurkan dan berlangsung pada sebelah pagi.. Budak - budak tabika KEMAS turut mengambil bahagian.. Mereka membuat pembarisan, sukaneka, perlawanan futsal dan bola jaring. Mereka cukup comel dengan pakaian berwarna-warni mengikut tema dun masing - masing. Pertandingan silat juga turut diadakan, dan disertai oleh golongan daripada persatuan - persatuan silat di daerah Hulu Terengganu. Golongan belia di setiap Mukim di Hulu Terengganu pula telah menyertai pertandingan sukaneka. Antaranya ialah, acara bola cetong (wanita), rampai tradisi dan terompah panjang (lelaki). Ia cukup menghiburkan.. 

                         Pada sebelah petang pula, barulah pesta ini bermula..dan dirasmikan oleh Sultan Mizan sendiri. Pelbagai jenis lesung telah diperkenalkan untuk tontonan umum.. Ia cukup bermakna, kerana kemungkinan generasi sekarang masih ramai yang belum tahu kewujudan dan kegunaan lesung - lesung yang telah ada sejak zaman dulu.. Emping juga, ramai yang tidak tahu bagaimana bentuk dan rupanya, apatah lagi cara memasak dan makannya.. Anda pula bagaimana???  Waktu malam pula, diadakan ceramah ehwal islam. Penceramahnya  dari golongan yang berkaliber. Tetapi ia kurang mendapat sambutan ramai  berbanding pada waktu siang. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang kurang memuaskan, kerana malam itu hujan turun sangat lebat mengakibatkan padang menjadi becak dan dipenuhi air. 

gambar yang sempat dirakam...




4 orang warga kampung menumbuk Lesung Galang.


Acara permainan bola cetong bagi golongan belia wanita.. 


Tersenyum puas setelah tin - tin ini berjaya disusun semula.. 



Makcik ini sedang menapis emping yang telah siap ditumbuk untuk menjadi santapan orang ramai. 


 Tabika (KEMAS) dari Dun Telemong..


 Adik - adik TABIKA bermain bola jaring..


 Suasana di bawah khemah..Macam2 gelagat dan karenah..


 Ni lak..di atas lesung tinggi.. Ce teka, siapakah mereka ini?? hihi..


 kesungguhan menumbuk ping.. 


 bersiap sedia menunggu arahan..


ni lak menumbuk di lesung besar..


corak pada baju sukan rakyat...dapat free untuk setiap paserta..


Dan yang paling penting..tercatat dalam book of rekod...

SEKIAN....

Selasa, 27 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/bubur asyura


BUBUR ASYURA...

XTVT MINGGU INI......

Pada hari Jumaat yang lalu, bertarikh 23/12/2011 bersamaan 27 Muharam 1433.. pihak jkk masjid telah bersepakat untuk gotong royang membuat bubur asyura di masjid Kg Bukit Gemuroh. Memandangkan hari itu hujan turun renyai-renyai...sambutan orang kampung tidak begitu menggalakkan. Tak ramai orang kampung turun padang membantu mengacau bubur asyura.. hihi. Tapi, Alhamdulillah..walaupun sambutan kurang, majlis tetap berjalan lancar dan 3 kawah bubur asyura siap di masak oleh kaum ibu.. haha. Rasenye..Nyam3..sangat sedap dan lazat..

JOM KAJI SEJARAH BUBUR ASYURA...


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. (haha..betul k?) Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. ( kalau kat Kg.Bukit Gemuroh, selalunye ramuan akan di bawa oleh kaum-kaum ibu dari rumah. Antaranya seperti..ikan, santan kelapa, buah labu@tuka, keledek, pisang,beras yang telah direndam,daging, ayam, kacang hijau, halia, tepung dan sebagainya. Manakala pihak masjid hanya menyediakan peralatan memasak dan rempah sahaja. Bubur ini akan mengambil masa 4-5 jam untuk masak dengan menggunakan api yang kuat. Bila siap dimasak, hidangkan bersama sambal kelapa parut, telur goreng dadar yang telah dihiris nipis2 dan agar2 yang telah dipotong dadu kecik2  Kisah bubur asyura, bagi saya ada nilai sentimental yang tersendiri. Ia bukan sekadar masakan dan makanan, bukan juga sesuatu yang dihidangkan atas sebab perkaitannya dengan sejarah agama.. )


Bubur asyura yang sedang di masak. hehe







SEJARAH HARI ASYURA
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

JENIS BUBUR ASYURA
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.



Jenis-Jenis Bubur Asyura

Setiap negeri, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Sesetengah penduduk, terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia mengatakan bahawa Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura.
Ada berbagai jenis Bubur Asyura  yang terdapat diseluruh dunia. Di kalangan masyarakat Malaysia sahaja terdapat 4 jenis yang biasa dimasak, tetapi ‘bubur’ dari sebelah utara dan pantai timur lebih menyerupai kuih atau puding.
1. Bubur Asyura Utara – jenis pekat dan manis.


2. Bubur Asyura Pantai Timur – jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging.
.
3. Bubur Asyura Tengah Selatan – jenis cair sama seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti bijirin, daging, kekacang dan sayuran.


JOM TGK PIC YANG SEMPAT DIRAKAM BARU2 INI...


salah satu bahan2nye....

bubur asyura yang telah siap sedia untuk dimakan selepas sembahyang jumaat..

yang telah siap dimasak..diletakkan bersama sambal nyior.

antara kaum ibu yang turut serta.

kacau makcik kuat2..hihi

setelah siap dimasak, diletakkan dalam talam kecik supaya bubur cepat sejuk. 

budak2 baru nak belajar...

bersemangat sungguh akak ni..

banyak main2 ni...



veteran vs org muda...hihi. lelaki tunggal yang sama membantu kacau bubur.

KESIMPULANNYA...
Generasi hari ini..makin ramai yang tidak kenal bubur ini..mungkin satu hari nanti,ia akan pupus di telan dek arus kemodenan..so, sama2 lah kita kekalkan tradisi ini, bergotong royong membanting tulang untuk menyiapkan sesuatu hidangan. Ini akan mengeratkan hubungan kita sesama islam.. InsyaAllah.. 
Bukit Gemuroh Village

Jumaat, 16 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/khatan beramai2

Kg Bukit Gemuroh telah menjadi tetamu dalam program berkhatan beramai2 yang telah dianjur oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Telemong dengan kerjasama Hospital Hulu Terengganu dan Klinik kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Program ini telah disertai lebih kurang 100 orang kanak2 dari kawasan DUN ini. DUN Telemong mempunyai 36 buah kampung yang bermula dari Kampung Teris bersempadan dengan Setiu, Terengganu hingga ke Sekayu/Cengkering....


Majlis ini dirasmikan oleh yang berhormat Tuan HJ Rozi bin Hj Mamat selaku ADUN kawasan Telemong. Perarakan bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dan disertai oleh ibu bapa serta kanak yang berkhatan. Mereka diarak dengan mengunakan lori panjang yang dibina khas untuk tujuan itu. Perarakan bermula dari gelangang futsal Kampung Bukit Gemuroh dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Padang Setar sejam kemudian nya. Kanak2 yang berkhatan diraikan khas dimajlis tersebut dengan perarakan pulut kuning yang dibuat khas serta diiringi oleh pemukul gendang yang dibawa khas dalam majlis tersebut dari kalangan mereka berbangsa cina. Setelah itu mereka dimandikan beramai2 oleh pasukan bomba dari bandar Kuala Berang
Majlis yang macam ini sepatutnya diadakan pada kadar yang kerap kerana dengan adanya majlis yang macam ni dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk dan dapat menjimatkan kos, Disamping itu dapat mempetengahkan budaya melayu atau pun budaya2 bangsa lain.

keadan di dalam lori panjang yang luas dan selesa.



Majlis berkhatan selesai pada pukul 2.00 petang dengan tetamu dijamu dengan hidangan seperti majlis kawin. Diucapkan selamat menempuh alam remaja kapada mereka2 yang berkhatan   :)

Ahad, 11 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/squard sayang



....WARGA EMAS DAN GOLONGAN KURANG UPAYA......

             Dalam kesibukkan kita melakukan tugasan seharian, tanggungjawab sosial serta masyarakat jangan pernah dilupakan. Walau ke mana saja kita pergi, di mana saja kita berada, apa pun darjat kita..ingatlah..bahawa tanpa orang - orang tua kita, kita tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, hargailah mereka selagi mereka masih hidup. Berbuat baik lah dengan mereka, jagalah mereka dengan seadanya, hiburkan hati mereka dengan kegembiraan dan kehadiran kita di sisi mereka, kasih sayang yang mereka curahkan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak dapat ditukar ganti. 



.....SKUAD SAYANG......             

          Justeru itu, untuk menghargai jasa dan pengorbanan golongan ini, Wanita Umno telah mengadakan 1 program yang dipanggil 'SKUAD SAYANG' dan ditubuhkan pada tahun 2009. Anggota SKUAD SAYANG ini, akan turun padang untuk membuat kunjungan dari rumah ke rumah bagi mendekati golongan  ini. ( walaupun artikel ini maybe dianggap politik sikit, tapi saya rasa secara peribadi..program ini sangat bagus ditubuhkan. sebab...kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh warga emas, memberi sedikit sumbangan, melawat dan meramah mesra dengan mereka. seperti yang kita sedia maklum, dalam zaman sekarang, kita sentiasa sibuk bekerja untuk mencari rezeki. so, kita tiada masa untuk menjenguk mereka sekiranya mereka tinggal jauh dari rumah kita. dan kita tidak akan pergi ke rumah2 mereka sekiranya tiada perkara penting untuk diuruskan yang melibatkan mereka. mungkin juga ada diantara golongan muda sekarang, masih ada yang tidak mengenali siapa mereka walaupun tinggal sekampung. so, dengan adanya program ini, kita boleh merapatkan hubungan silaturrahim yang hampir kian putus.  hehe. Saya dah setahun join grup ni dan semakin lama, saya semakin jatuh sayang dengan golongan ini. ALHAMDULILLAH ..Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan.) Sebenarnya, tiada dana khas yang diperuntukkan untuk 'SKUAD SAYANG', sumbangan yang dihulurkan berbantuk peribadi dan dilakukan secara sukarela. 

 Jom, kita tengok gambar... siapakah SKUAD SAYANG Kg Bukit Gemuroh yang pergi menjenguk..

              


Puan Suhaiza bersama Pengerusi JKKK Kg Bukit gemuroh iaitu En.Abd Rahsid bin Ismail dan skuad sayang lain sedang berbual-bual dengan Tokwan Wan Zainab binti Tom Hamzah..



En. Abd Rashid ketika melangkah keluar, di belakangnya ialah Tokwan Kembang.


Bergurau senda bersama Tokwan Sulong binti Mamat.





Bersama arwah Tokteh..nama sebenar beliau Puteh binti Nik. Dulu arwah merupakan seorang bidan kampung, tapi..apabila usia semakin meningkat..arwah diserang angin ahmar. Ketika ini, beliau tidak dapat menahan sebak apabila melihat skuad sayang datang menziarah.. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. 

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Sama2 lah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Amin..


Berbual-bual dengan Tokwan Siah,atau nama sebenrnya..Siah binti Abdullah.


Time ni...kt rumah Pok Tahir. Beliau menghidap penyakit buah pinggang manakala isterinya pula sering sahaja sakit..




Puan Normala menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak En.Ramley.


Bersama En.Ramley bin Mat Aris. Beliau terlantar di katil akibat serangan angin ahmar. 
Terkaku tanpa mampu berbicara. Hanya doa mampu disedekahkan untuk beliau.


Ni kat rumah Mak Mandak...


Bersama Toklong Nab..


Antara barangan yang telah disumbang kepada warga emas.

YB Rozi bersama En. Abdul Rashid menjenguk arwah Abdul Ghani bin Abdul Rahman, sebulan sebelum arwah meninggal dunia.