Selasa, 27 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/bubur asyura


BUBUR ASYURA...

XTVT MINGGU INI......

Pada hari Jumaat yang lalu, bertarikh 23/12/2011 bersamaan 27 Muharam 1433.. pihak jkk masjid telah bersepakat untuk gotong royang membuat bubur asyura di masjid Kg Bukit Gemuroh. Memandangkan hari itu hujan turun renyai-renyai...sambutan orang kampung tidak begitu menggalakkan. Tak ramai orang kampung turun padang membantu mengacau bubur asyura.. hihi. Tapi, Alhamdulillah..walaupun sambutan kurang, majlis tetap berjalan lancar dan 3 kawah bubur asyura siap di masak oleh kaum ibu.. haha. Rasenye..Nyam3..sangat sedap dan lazat..

JOM KAJI SEJARAH BUBUR ASYURA...


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. (haha..betul k?) Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. ( kalau kat Kg.Bukit Gemuroh, selalunye ramuan akan di bawa oleh kaum-kaum ibu dari rumah. Antaranya seperti..ikan, santan kelapa, buah labu@tuka, keledek, pisang,beras yang telah direndam,daging, ayam, kacang hijau, halia, tepung dan sebagainya. Manakala pihak masjid hanya menyediakan peralatan memasak dan rempah sahaja. Bubur ini akan mengambil masa 4-5 jam untuk masak dengan menggunakan api yang kuat. Bila siap dimasak, hidangkan bersama sambal kelapa parut, telur goreng dadar yang telah dihiris nipis2 dan agar2 yang telah dipotong dadu kecik2  Kisah bubur asyura, bagi saya ada nilai sentimental yang tersendiri. Ia bukan sekadar masakan dan makanan, bukan juga sesuatu yang dihidangkan atas sebab perkaitannya dengan sejarah agama.. )


Bubur asyura yang sedang di masak. hehe







SEJARAH HARI ASYURA
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

JENIS BUBUR ASYURA
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.



Jenis-Jenis Bubur Asyura

Setiap negeri, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Sesetengah penduduk, terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia mengatakan bahawa Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura.
Ada berbagai jenis Bubur Asyura  yang terdapat diseluruh dunia. Di kalangan masyarakat Malaysia sahaja terdapat 4 jenis yang biasa dimasak, tetapi ‘bubur’ dari sebelah utara dan pantai timur lebih menyerupai kuih atau puding.
1. Bubur Asyura Utara – jenis pekat dan manis.


2. Bubur Asyura Pantai Timur – jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging.
.
3. Bubur Asyura Tengah Selatan – jenis cair sama seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti bijirin, daging, kekacang dan sayuran.


JOM TGK PIC YANG SEMPAT DIRAKAM BARU2 INI...


salah satu bahan2nye....

bubur asyura yang telah siap sedia untuk dimakan selepas sembahyang jumaat..

yang telah siap dimasak..diletakkan bersama sambal nyior.

antara kaum ibu yang turut serta.

kacau makcik kuat2..hihi

setelah siap dimasak, diletakkan dalam talam kecik supaya bubur cepat sejuk. 

budak2 baru nak belajar...

bersemangat sungguh akak ni..

banyak main2 ni...



veteran vs org muda...hihi. lelaki tunggal yang sama membantu kacau bubur.

KESIMPULANNYA...
Generasi hari ini..makin ramai yang tidak kenal bubur ini..mungkin satu hari nanti,ia akan pupus di telan dek arus kemodenan..so, sama2 lah kita kekalkan tradisi ini, bergotong royong membanting tulang untuk menyiapkan sesuatu hidangan. Ini akan mengeratkan hubungan kita sesama islam.. InsyaAllah.. 
Bukit Gemuroh Village

Tiada ulasan:

Catat Ulasan