Khamis, 3 Julai 2014

terawih



 Topik kali ini memaparkan satu kisah benar yang berlaku di Kg bukit Gemuroh pada era 60 -an, dan diolah sendiri oleh seorang anak watan kg supaya menjadi satu cerpen untuk mengenangkan peristiwa tersebut dimana watak - watak di dalam cerpen ni telah lama meninggal dunia. Jom kita imbas kembali kenangan lalu...


 ALKISAHNYA BERMULA.....

Kisah ini berlaku di bulan puasa  sewaktu menyediakan bubur lambuk untuk dijadikan moreh selepas solat terawih..Sewaktu penyediaan bubur lambuk. Kebanyakan watak-watak didalam cerita ini telah pun meninggal dunia seperti watak utama Che wa Meriam, Mak Teh, Tok Pukok Ismail, Dollah Yu, Tok Pulut, Tok Khatib Janggut, Tok Timah Tok Mail dan Tok Haram.

Che We Meriam (Che We Muyam) menempuh pelbagai masalah  serta kerenah perangai anak-anak muda yang membantunya pada ketika itu. Che We Meriam merupakan seorang ketua wanita di kg Bukit Gemuroh menghadapi dilema kerana susah payah membuat persiapan makanan ditambah pula dengan telatah dan perangai budak-budak yang datang berterawih..


Oleh:
Hj.Mohamad b. Abdullah PPN..
dan ditulis semula oleh:
Ilyana Abdul Ghani
Gambar sekadar hiasan

JOM LAYAN CERITA...

TERAWIH..

Peluh Che we Meriam semakin banyak menitik dari celah dahi nya yang berkerut, Api yang ditiupnya tak mahu menyala. Ia menungging-nungging meniup api dibawah kawah yang penuh berisi air.
 "Celake sungguh api ni tak mboh(tak mahu) nyala"Che wa Meriam menyumpah keseorangan. Hendak diangkat semula kawah tu tidak terdaya olehnya. Mahu tak mahu terpaksa diusahakan supaya api itu menyala. Kini hidungnya pula mula berair. Hingus cair mula merayap kebibir mulutnya. Sesekali  ia menyedut semula kehidung. Kadang-kadang disapu dengan tepi kain batik lusuh yang dipakainya. Tangan yang berkerutu hitam terketar2 menguis kayu dibawah kawah. Puntung-puntung kayu itu mula kelihatan berbara merah. Lama kelamaan api mula menyala menjulang kawah besar diatas tungku itu. Che we Meriam berdiri tegak dan kelihatan lega sambil mengurut dada. Dia mengemaskan  ikatan kain batik yang hampir mengelusur kebawah.
"Sekawah besar bubur lambuk ni, cukup makan untuk 'pat puluh' (40) orang budak-budak terawih malam ni."

"Tapi..ni.. malam jumaat..Ada ratib Saman..mesti ramai budak-budak datang," sungut Che we Meriam keseorangan. Dia kelihatan ragu-ragu dan meninggalkan kawah..
***********************************************************************************************************

Diberanda Masjid bersepah. Kelihatan Mak Teh bertimpuh dikelilingi peralatan pinggan mangkuk yang berisi rempah. Disebelahnya Jenab, Liah, Sara, Yati dan Jarah, masih anak-anak dara belaka. Mereka sibuk menyiang ubi. Sesekali mereka mengilai seperti burung kelengking yang terlepas "guli." (buah guli dari pokok guli memang makanan burung kelengking,bila buah itu terlepas dari mulut, ia menjerit seperti mengilai) Geli hati mereka apabila terkeluar kata-kata lucu. Jarah kelihatan paling riang. Dia baru balik dari bandar kerana cuti sekolah.

"Liah, Sara, Yati, Jarah..jangan semua menyiang ubi aje,tinggal Jenab sorang cukuplah,"Tiba-tiba  Mak Teh bersuara..
"Liah siang (potong) ikan bilis, Jarah hiris bawang, Yati tumbuk lada hitam, dan Sara kukur lah nyiur (parut kelapa) ni."
Leter Mak Teh lagi.Masing-masing tersipu malu dan terus bangun mengambil tugas masing-masing sebagaimana arahan Mak Teh. Liah duduk dibelakang Mak Teh dan mencabit-cabit ikan bilis.  Mak Teh hanya memerhati pekerjaan budak-budak itu. Hidung Jarah yang putih mula merah dan berair terkena percikan air bawang. Air matanya juga meleleh, Jenab asyik menyiang ubi, sebuku demi sebuku, Sara terhingut-hingut dengan pemarut kelapa jenis lama.(pemarut kelapa jenis tunggang seperti kuda) Buah dadanya yang baru nak 'naik edar' (Bila anak perempuan mula naik gadis buah dada mula kelihatan membesar)turut sama bergerak-gerak. Begitu juga Yati, buah dadanya lebih besar dari Sara, Dia juga asyik dengan tugasnya. Mak Teh hanya terlopong memerhati.

***********************************************************************************************************

Seketika, muncul wajah Che We Meriam yang berkerut kepanasan dan duduk disebelah Mak Teh. Dia mengesat dahi dengan lengan baju kebaya lusuhnya...
"Banyak mana mu buat upoh (rempah) nya," tiba-tiba tanya Che We Meriam

"Kelih (tengok) aje lah, dua tiga puluh sen yang budak-budak beli, tu aje lah," jawab Mak Teh berlagu. Dia menunjuk ke arah rempah yang berselerak..

"Daun taruk (jenis-jenis sayuran) nya mana," Tanya Che We Meriam lagi..

"Budak hok gi cari daun taruk dok balik lagi". Jawab Mak Teh

"Sape gi cari daun taruk tu Mak Teh"? Tanya Jarah pula.

"Hai sape lagi, budak  dua tiga kerat tu lah, Bakar, Mahalim, Hamir" Jawab Mak teh penuh berlagu.

"Hai Jarah buat-buat tanya pula..abang Kar..mesti lah ada sama" Yati memerli,

Jarah yang hampir menangis terkena air bawang mula radang, dia bangun mencubit paha Yati. Yati menjerit kesakitan. Semuanya ketawa kecil.

***********************************************************************************************************

"Hai apa yang bising ni,"? Tiba-tiba suara lelaki menyergah dari bawah, suasana gamat tadi bertukar, semuanya menjadi malu dan tersipu-sipu.
 Ketibaan Bakar diikuti oleh Mahalim, Deraman dan Hamir. Masing-masing bergalas dengan daun taruk. Rambut Deraman yang lurus menyerupai rambut Bruce Lee kelihatan bergerbang tersangkut ranting semasa menyusup nyasap didalam hutan tadi. Begitu juga Mahalim. Kain pelikatnya yang lapuk digulung tinggi. Ternampak kepala lututnya yang berparut. Betis Hamir yang berbulu lebat penuh dibaluti selut  lembik (lumpur). Seperti kerbau yang baru naik berkubang. Mereka berempat termengah-mengah keletihan. Mahalim melemparkan galasan keriba Mak Teh. Mak Teh terkejut dan melatah. Dia bangun melompat. Banyak terkeluar kata-kata lucu. Suasana gamat semula. Deraman kelihatan menyental-nyental kaki kepangkal kelapa. Pacat-pacat yang menjangkau kekakinya tidak mahu tanggal. Lalu dipunggut dua tiga ekor dan dicampak kedalam api. Dua tiga kali bunyi letusan kecil...
"Kenapa lambat sangat Che Bakar,"? Tanya Yati selamba, tak habis-habis memerli.

"Hai..apa boleh buat Ti, kami pun nok bangat (cepat) Cuba kelih (tenguk)ni betis kami macam dikerkau harimau,"Jawab Bakar sambil menunjukan betisnya yang bercalar kapada Yati.
.
"Jauh ke tempat mu cari daun taruk tu,"? Tanya Yati..

"Jauh tu dok (tidak) lah..tapi masuk hutan, harung paya, lintah pacat he..tak boleh nak cerita," Jelas Bakar. Nadanya agak menarik. Yati kelihatan geli geleman mendengar cerita Bakar itu..

"Tadinya,Jarah dah mula risau," Perli Yati tak habis-habis, Bakar hanya tersenyum simpul. Mahalim, Deraman dan Hamir tercegat keletihan.

"Buat ape mu tercacang(berdiri tegak kaku) tu. Gi basuh kaki, pahtu mari siang daun taruk ni. Ramai buat cepat siap," Ajak Mak Teh bersungguh-sungguh..

"Hai lenguh dok hilang lagi ajok kerja puloh doh," Jawab Deraman..

"Doh, kalu mu tercacang gitu, bila nk masak ubur lambuk ni, le ni pukul berapa dah, pukul tiga lebih,
Sebentar lagi nak berbuka puasa pulak, Hai..dok tau lah aku budak-budak le ni malas sangat."
Leter Mak Teh bersambung-sambung..

"Hai bulan puasa ni dok baik marah-marah Mak Teh,"Sampuk Mahalim.

Mak Teh hanya mengemek-ngemekan bibirnya sahaja. Che we Meriam yang tercangkung memerhati sejak tadi segera bangun. Dia mengambil dua besen besar kosong dan meletakkan disisi Mak Teh..

"Ha, sekarang mari sini semua,"Ajak Mak Teh.
Budak-budak tadi terus datang duduk mengelilingi Mak Teh

"Siang daun taruk ni halus-halus. Besen yang ini isikan pucuk paku midin'(paku merah),dan yang satu lagi sebelah Mak Teh tu campur daun kaduk, daun taruk manis, daun kunyit, daun derdat, daun kemangin, daun kesum dan daun serai kayu,"..Mak Teh mengarah betul-betul kapada budak-budak tadi.

Mereka kemudian mencabit-cabit daun-daun(daun taruk) itu sehingga penuh dua besen yang memuat lima gantang itu..

***********************************************************************************************************

Che we Meriam yang hanya memerhati sejak tadi cepat-cepat bangun dan menuju kawah. Api masih menjulang. Lega hati Che we Meriam. Kawahnya mula mengelegak. Beras didalamnya telah pun pecah-pecah. Telah menjadi bubur. Che we Meriam mengeluh kepuasan. Anak dara berempat tadi diperintahkan supaya membawa kesemua peralatan rempah dan daun taruk kebawah. Che We Meriam salah seorang Ahli jawatan kuasa kaum ibu di Kampung Bukit Gemuroh itu. Semua arahan nya tak pernah diingkari oleh sesiapa pun. Lagi pun dia ketua bahagian masak memasak. Semua taruk dan rempah-rempah tadi dimasukan satu persatu mengikut arahan Che We Meriam. Dia mengacau dengan senduk panjang yang dibuat dengan pelepah kelapa. Satu jam kemudian kawah itu diangkat dengan pertolongan Tok Bilal Latif yang baru saja tiba. Mak Teh turut membantu. Budak lelaki tadi entah kemana menghilang.

***********************************************************************************************************

Che We Meriam tidak pulang sejak petangnya. Malamnya akan bersolat terawih pula. Lampu spirit yang dihidupkan oleh Tok Bilal Latif sebelum berbuka tadi, tergantung tinggi. Bahagian beranda masjid terang berderang. Hanya Che We Meriam keseorangan. Dia begitu ghalib (leka) mengapur daun sirihnya. Mencuci mulut selepas berbuka. Sejurus kemudian Saleh tiba, Saleh anak kapada tok iman dikampung tu. Dia membawa lampu spirit kedalam. Digantungnya dibahagian tengah-tengah masjid. Seluruh ruang terang benderang. Surat dan kitab-kitab usang jelas kelihatan dilubang-lubang tiang. Tabir buruk yang sudah usang yang koyak rabak, sebagai pemisah bahagian solat perempuan melambai-lambai ditiup angin malam. Ketayak-ketayak (kopiah) yang tidak ada putihnya lagi dan songkok-songkok yang telah lusuh juga bersangkutan di dinding. Baju solat wanita yang berdaki bersidaian didawai tabir...

***********************************************************************************************************

Waktu isyak akan tiba, sejurus tiba beberapa orang lagi iaitu Tok Pukok Ismail, Che Leh Pukak, Dolah Yu, Tok Pulut, Tok Khatib Janggut, Bidin buta dan lain-lain. Sejurus tiba pula dua tiga orang wanita iaitu Tok Halus, Minah Tok Hiti, Mak De Timah, Mak Teh Embong, Tok Timah Tok Mail, Tok Haram dan diikuti dua tiga orang anak dara Jarah, Yati dan Sara. Masing-masing berselubung. Mereka masuk ke masjid dan mengenakan pakaian untuk solat. Sejurus kemudian kedengaran riuh rendah, gegak gempita, seperti sekumpulan musuh yang akan menyerang masjid lakunya. Kumpulan budak-budak datang terawih. Dua tiga puluh orang ramainya. Ada yang bertempik, Ada yang terjatuh, Ada yang kena langgar, Ada yang berpimpin berderet-deret, macam-macam kejadian. Masing-masing mahu cepat benar. Mereka takut benar melintasi kubur disitu. Ada yang membawa pelita, Ada yang membawa tanglung, Ada juga yang membawa puntung kayu yang berbara, dikibar-kibar supaya terang. Tidak kurang juga yang bergelap. Setiba kumpulan ini hampir runtuh masjid dibuat nya.

***********************************************************************************************************

Perasaan Che We Meriam mula bertukar. Dia tahu benar kalau tiba pasukan budak berterawih, tentu sekali suasana menjadi gamat. Dia tidak menghiraukan sangat dan masuk mengenakan baju untuk solat. Tok Bilal Latif dan Tok Iman Dolah tiba sejurus. Budak-budak yang bising dan berkelompok, bersandar ditiang diam. Mereka begitu takut dengan Tok Imam Dolah yang lalu depan mereka. Seperti tikus yang takutkan kucing lakunya. Bercangkungan seperti tunggul mati.

***********************************************************************************************************

Diluar masjid Saleh terus memukul geduk(geduk dibuat dari kulit kerbau). Suara Tok Bilal Latif bergema mengalunkan azan. Solat isyak dimulakan diikuti dengan solat terawih. Tok Imam Dolah didepan dan dua saf dibelakang manakala budak-budak satu saf. Disebelah kaum wanita berbaris juga dua tiga saf pendek termasuk Che We Meriam, Mak Teh dan dua tiga orang anak dara tadi. Berlalu sudah dua rakaat pertama solat terawih.Diikuti oleh sahutan budak-budak yang memecah kesunyian.

 "Saa Llah llah wasalamuuuualai.....ihh"

Tempik budak-budak dengan begitu kuat sekali. Mereka solat begitu khusuk sekali. Disahut oleh budak-budak dengan penuh semangat selepas imam memberi salam...

***********************************************************************************************************

Tiba-tiba dirakaat kelapan suasana menjadi gamat, Budak-budak mula bising. Menganggu imam membaca, menganggu solat terawih, serasa Che We Meriam mahu membatalkan solatnya. Mahu ditengking budak-budak itu. Disabarnya. Bengkak dada Che We Meriam. Dia tidak dapat memberi tumpuan penuh pada solatnya,hingga rakaat itu selesai. Budak-budak riuh lagi dibelakang. Selesai sahaja  rakaat,Che We Meriam terus jerkah menjerkah budak-budak yang riuh itu dengan sekuat-kuat nya, Marah betul Che We Meriam ketika itu. Semua budak sunyi sepi..

"Mu seme mari mejid ni nak terawih ke nak apa hah?" Kata Che We Meriam dengan marah..

"Apa yang uning (kamu semua) buat hah," Tanya Che We Meriam lagi..

"Budak-budak gocoh Tok We," Kata Semek Long..

"Hapeh gocoh, mari aku ajar, mu dok tahu, mejid ni tempat orang beribadat, bukan tempat orang nak gocoh," Ugut Che We Meriam bersungguh-sungguh

***********************************************************************************************************

Budak-budak diam sejurus. Rakaat kesembilan dimulakan lagi. Che We Meriam terus solat. Bermacam-macam perasan dendamnya. Marah dan radang terpaksa ditahan. Serasa tidak sah langsung solatnya ketika itu. Hendak dimarah teruk-teruk takut nanti tiada budak datang pada malam esoknya. Tidak meriahlah masjid jika tiada budak berterawih. fikir Che We Meriam. Budak-budak terus bising hingga rakaat yang akhir. Selesai solat terawih semua budak-budak berkejar ke-anjung masjid.

***********************************************************************************************************

Che We Meriam cepat-cepat menanggalkan baju sembahyangnya dan terus ke anjung masjid dan menyeduk bubur lambuk yang separuh hangat. Satu demi satu. Budak-budak terus menerkam. Berebut mengambil bubur lambuk sepinggan seorang. Riuh rendah. Seperti anak itik berebut makanan. Ada yang terlanggar sama sendiri. Tertumpah bubur lambuk tercurah kebaju kawan. Che We Meriam bersama dua tiga pembantu tidak henti-henti menyenduk bubur lambuk sepinggan demi sepinggan. Tidak sampai beberapa minit sahaja suasana disitu menjadi sunyi sepi. Budak-budak semua telah pulang. Hanya tinggal pingan-pingan yang berserakan. Bubur lambuk bertumpahan kelantai. Hanya Che We Meriam tercangkung disisi besen besar yang telah kosong.

***********************************************************************************************************

Didalam masjid Tok Imam Dolah dan Tok Bilal Latif sedang khusuk ditikar.Mereka bersolat sunat. Suasana didalam  masjid menjadi sunyi sepi...

Sekian

Oleh
MOHAMAD BIN ABDULLAH  PPN

Khamis, 22 Mei 2014

Kampung bukit Gemuroh/Liga hulu terengganu

TEAM KAMPUNG BUKIT GEMUROH 2013


Bola Sepak...adalah salah satu permainan yang wajib dimainkan oleh golongan belia bagi penduduk Kg Bukit Gemuroh sejak berkurun zaman dahulu hingga sekarang. Pada mulanya aktiviti ini hanyalah sebagai mengisi waktu yang terluang pada waktu petang selepas pulang daripada bekerja. Tetapi, lama kelamaan mereka mula memasuki pertandingan bola sepak dalam pelbagai kategori. Ekoran daripada itu, mereka pernah menjuarai pelbagai pertandingan, tetapi ada juga yang pulang dengan perasaan hampa. Adat lah dalam pertandingan kan.. Walaupun anggota pemain ini saling bertukar ganti mengikut peredaran zaman, tetapi ia tidak dibiarkan untuk terus terkubur... Sekarang, pada tahun 2013 ini, mereka telah memasuki pertandingan Liga Hulu Terengganu.. 

Group ini telah dianggotai oleh :
1) Ahmad Mat Amin.
2) Ahmad Kamarul Firdaus Abdul Rashid
3) Mohd Faizal Mat Thom
4) Kamarul Zaman Che Mat
5) Izrul Nizam Abdullah
6) Mohd As'saari Mukhtar
7) Mohd Noor Azan Ismail
8) Amirul Asyraf Anuar
9) Shahrul Kassim
10) Syazwan Ahmad
11)Mohd Ashraf Hasnan bin Mohd Kamal.
12) Mohd  Zulhilmi Yusuf
13) Ahmad Kamarul Ashraf bin Abdul Rashid..
14) Maradi Bin Embong
15) Mohd Faiz bin Mustafa
16) Wan Fazrullah
17) Mohd Saupi
18) Harun Hassan - Pengurus Pasukan
19) Zamri Mat Thom - Ketua Jurulatih
20) Hassan Mohamad - Penolong Jurulatih 1
21) Sukri - Penolong Jurulatih 2

Liga hulu Terengganu melibatkan kampung2 yang berada didaerah hulu Terengganu.Sebanyak 64 kampong telah terlibat dengan liga ini.Salah satu kampong yang terlibat ialah kampong bukit gemuroh.

Liga hulu Terengganu dibahagi kapada dua  group:
Padang A ( padang kampong kg tanjung putat)            lapan kumpulan
Padang B ( padang kampong Butut)                             lapan kumpulan

Team kampong bukit Gemuroh telah disenaraikan dalam Padang B kumpulan C
Senarai Padang B/lapan Kumpulan

Kumpulan A 
1) Tajin
2) Kuala Kejir
3) Nibong fc
4) Politeknik kuala brang..


Kumpulan B
1) Kuala telemong..
2) Kesukes..
3) Padang setar (tersat)..
4) PDRM Kuala Telemong

Kumpulan  Cx
1) Felda Mengkawang..
2) Kg Bukit Gemuroh.
3) Kasular fc
4) Kg Kepah

Kumpulan D
1) Merbau pulas..
2) Tangul
3) Tapah
4) Pendidikan

Kumpulan E
1) Kg Kua
2) Pelandan
3) Kg Pauh
4) Kg Langgar

Kumpulan F
1) Sungai Mali
2) Kg Kuala Akob
3) Bukit Ara fc
4) Jerangau Barat

Kumpulan G
1) Kubang Palas
2) Kg Gaung
3) Kg Bukit Tadok
4) Gambungan FC

Kumpulan H
1) Kg Cheting
2) Kg Peris
3) Felda Bukit Kapah
4) Kg Bukit Diman


Pada permulaan liga hulu terengganu, perlawanan telah dijalan kan secara liga

1)PUSINGAN PERTAMA (liga)
perlawan pertama dgn kepah,
seri 1-1
Zamri mat som yg score gol..

perlawanan ke-2 dgn sg ular
menang 3-1
yg score gol..1)kamarul zaman cek amat 2)azrul azmi  3)Syazwan Ahmad

perlawanan ke-3 dgn felda mengkawang
menang 5-0
yg score gol  1)kamarul firdaus Rashid 2 gol  2)kamarul zaman che amat  3)ahmad mat amin    4) Azrul Azmi

Keputusan dalam Kumpulan C
1) Kampung Bukit Gemuroh------- 7 mata
2)  Sungai Ular ( kasular fc)---------4 mata
3) Felda Mengkawang ---------------4 mata
4) Kepah--------------------------------1 mata

2) PUSINGAN KEDUA/kalah mati
lawan dgn kampong nibung
menang  penalty  ..6-5
masa penuh seri 1-1
tendangan penalty 5-4

3) SUKU AKHIR(Padang B)
Lawan dengan kampung padang setar
 Menang 4-2

4)SEPARUH AKHIR (Padang B)
Lawan dengan bukit Kepah..
Menang 2 - 1

5)AKHIR (padang B)  
 Perlawanan akhir padang B sepatutnya team kg Bukit Gemuroh melawan pasukan Kg Tajin tetapi pihak pengurusan telah menetapkan perlawanan bersilang antara pemenang padang A diseparuh akhir iaitu melawan kampung jak,Padang perlawanan tersebut team kg Bukit gemuroh telah kalah 0-1

 6) PERLAWANAN AKHIR...
Kg jak -3 lawan felda Bukit Bading-5
(tendangan penalti)

Selasa, 15 April 2014

futsal wanita


                   Pada 4hb April 2014, golongan belia wanita Kg Bukit Gemuroh telah menyertai satu pertandingan futsal sempena Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia  anjuran Parlimen Hulu Terengganu yang bertempat di Gelanggang Futsal Majlis Bandaraya Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Group futsal ini dianggotai oleh 8 orang pemain iaitu Zuraida Ima binti Kassim (Kapten), Zazarinah binti Kassim ( Penjaga gol ), Zaziana binti Kassim, Norzaitul Akmal binti Anuar, Nurul Aziah binti Mohd Shafie, Nurul Aqilah binti Mohd Kamal, Norzaini Ros binti Mohamad dan Noramiza binti Wahab. Manakala pengurus pasukan pula bernama Puan Maimun binti Sulong dan Zamri bin Mat Thom selaku jurulatih. Di peringkat kumpulan, mereka dibawah kumpulan A dan menjadi juara kumpulan.

Peringkat kumpulan (Kumpulan A )

1) Kuala Berang.
2) Kg Kuala Pueh
3) Kg Felda Mengkawang
4) Kg Bukit Gemuroh

Keputusan Peringkat Kumpulan yang melayakkan k suku akhir.
- Kg Bukit G emuroh (2)  vs  Kuala Berang (0)
- Kg Bukit Gemuroh (7)  vs Kg Kuala Pueh (0)
- Kg Bukit Gemuroh (1)  vs Kg Felda Mengkawang (0)

Keputusan Peringkat suku akhir.
 Kg Bukit Gemuroh (3)  vs Kg Baru Ajil (0)  (Naib Juara Kumpulan c)

                 Diperingkat separuh akhir dan akhir pula berlangsung pada 12hb April 2014 bermula jam 8.00 malam, juga ditempat yang sama. Manakala bagi acara pembahagian hadiah pula berlangsung di Kg Butut pada malam yang sama.

Keputusan Peringkat separuh akhir
Kg Bukit Gemuroh (6) vs Kg  Telaga  (1)
Felda Bukit Bading (3) vs Kg Bukit Diman (1)

Keputusan Peringkat Akhir.
Kg Bukit Gemuroh (5) vs Felda  Bukit Bading (2)

                              Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia ini, sebenarnya telah berlangsung selama 2 minggu dan telah menganjurkan pelbagai acara untuk menarik minat belia seperti pertandingan nasyid, Hulu Terengganu Berselawat, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Futsal Lelaki dan banyak lagi. Program ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai acara tahunan kerana ia dapat mengeratkan hubungan sesama kita sekaligus dapat mengurangkan dan membanteras belia kita daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat dan semakin berleluasa ketika ini. 


KLIK-KLIK...

bermulanya acara...

Acara Perasmian Pembukaan..

Antara peserta pertandingan futsal wanita...



Termenung...

Pemain - pemain Peringkat Separuh Akhir..
Urusetia yang terlibat..








MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA OLEH YB DATO JAILANI JOHARI....






SEKIAN...

Selasa, 8 April 2014

pesta wau


....FIESTA WAU TERTUTUP 2014...


                     Pada 4 April 2014, satu pertandingan wau telah diadakan di satu  kawasan lapang di Padang Nibong. Pertandingan ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pertandingan ini terpaksa ditamatkan setengah jam awal kerana cuaca yang agak redup menandakan hujan akan terun walaupun hujan xturun2.. hihi. Acara ini diadakan buat julung kalinya setelah sekian lama tidak berlangsung di Kg Bukit Gemuruh dan anjuran sepenuhnya daripada Ahli Gerakan Belia Kg Bukit Gemuruh. Seramai 43 orang kampung yang menyertai pertandingan ini dengan bayaran rm5 bagi golongan dewasa dan rm3 bagi golongan kanak - kanak. Syarat penyertaan pula, setiap peserta mesti berkain batik dan cara pemaikan pula adalah mengikut kreativiti masing - masing. Pada akhir pertandingan, setiap peserta diberi sehelai tuala sebagai cederahati dan hadiah bagi pemenang pula berupa wang tunai dan hamper.

Pemenangnya...

a) Kategori wau tegak  -Dewasa - 1) Chik (
                                                       2) Naden
                                                       3) Zeri
                                                       4) Pok Yuk
                                                       5) Gaban

                            - Kanak kanak - 1) Muhaizul
                                                       2) Siti syakila
                                                       3) Rozaiman Mat Atan

b) Kategori wau Kreatif - Anuar sidek
c) Kategori Wau muting/pusing - Mat daud
d) Kategori Wau Khas/ versatile - Pendi
e) Kategori Wau Comel  1) Amir
                                        2) pok pa
                                        3) Khairul Haki
f) Kategori hadiah misteri - Azuan farid

                         Ia cukup meriah dengan pelbagai gelagat peserta dan penonton, wau beraneka jenis, dan pelbagai lagi. Walaupun hanya separuh sahaja orang kampung yang datang, tetapi ia cukup mengeratkan silaturrahim orang kampung. Pada waktu pagi hari itu juga, orang kampung bergotong royong membersihkan kawasan kampung. Golongan lelaki membersihkan kawasan kampung dengan menebas belukar dan membaiki wakaf yang sedia ada. Manakala golongan wanita pula membersihkan kawasan masjid serta memasak untuk makan tengahari. Walaupun hanya berlaukkan budu, sardin, ikan panggang, dan sayur air..ia cukup menyelerakan apabila makan beramai - ramai.


KLIK _ KLIK....


          .... Promosikan wau masing - masing..siapa yang paling kreatif??.....





 





 



 

 



....Antara pemenangnya adalah......




















....Ragam penonton & pemain...

....sebelum ia bermula....

...di tengah panas..

....tunggu turn untuk diterbangkan... 













...cover smart r 2...

...wau di awan biru...



...hadiah besar dari tuannya...








...siapa yang paling segak bergaya?....











...mc petang 2..














SEKIAN....