Selasa, 27 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/bubur asyura


BUBUR ASYURA...

XTVT MINGGU INI......

Pada hari Jumaat yang lalu, bertarikh 23/12/2011 bersamaan 27 Muharam 1433.. pihak jkk masjid telah bersepakat untuk gotong royang membuat bubur asyura di masjid Kg Bukit Gemuroh. Memandangkan hari itu hujan turun renyai-renyai...sambutan orang kampung tidak begitu menggalakkan. Tak ramai orang kampung turun padang membantu mengacau bubur asyura.. hihi. Tapi, Alhamdulillah..walaupun sambutan kurang, majlis tetap berjalan lancar dan 3 kawah bubur asyura siap di masak oleh kaum ibu.. haha. Rasenye..Nyam3..sangat sedap dan lazat..

JOM KAJI SEJARAH BUBUR ASYURA...


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha. Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. (haha..betul k?) Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. ( kalau kat Kg.Bukit Gemuroh, selalunye ramuan akan di bawa oleh kaum-kaum ibu dari rumah. Antaranya seperti..ikan, santan kelapa, buah labu@tuka, keledek, pisang,beras yang telah direndam,daging, ayam, kacang hijau, halia, tepung dan sebagainya. Manakala pihak masjid hanya menyediakan peralatan memasak dan rempah sahaja. Bubur ini akan mengambil masa 4-5 jam untuk masak dengan menggunakan api yang kuat. Bila siap dimasak, hidangkan bersama sambal kelapa parut, telur goreng dadar yang telah dihiris nipis2 dan agar2 yang telah dipotong dadu kecik2  Kisah bubur asyura, bagi saya ada nilai sentimental yang tersendiri. Ia bukan sekadar masakan dan makanan, bukan juga sesuatu yang dihidangkan atas sebab perkaitannya dengan sejarah agama.. )


Bubur asyura yang sedang di masak. hehe







SEJARAH HARI ASYURA
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

JENIS BUBUR ASYURA
  1. Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
  2. Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
  3. Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.



Jenis-Jenis Bubur Asyura

Setiap negeri, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Sesetengah penduduk, terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia mengatakan bahawa Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura.
Ada berbagai jenis Bubur Asyura  yang terdapat diseluruh dunia. Di kalangan masyarakat Malaysia sahaja terdapat 4 jenis yang biasa dimasak, tetapi ‘bubur’ dari sebelah utara dan pantai timur lebih menyerupai kuih atau puding.
1. Bubur Asyura Utara – jenis pekat dan manis.


2. Bubur Asyura Pantai Timur – jenis pekat dan mengandungi rempah dan daging.
.
3. Bubur Asyura Tengah Selatan – jenis cair sama seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti bijirin, daging, kekacang dan sayuran.


JOM TGK PIC YANG SEMPAT DIRAKAM BARU2 INI...


salah satu bahan2nye....

bubur asyura yang telah siap sedia untuk dimakan selepas sembahyang jumaat..

yang telah siap dimasak..diletakkan bersama sambal nyior.

antara kaum ibu yang turut serta.

kacau makcik kuat2..hihi

setelah siap dimasak, diletakkan dalam talam kecik supaya bubur cepat sejuk. 

budak2 baru nak belajar...

bersemangat sungguh akak ni..

banyak main2 ni...



veteran vs org muda...hihi. lelaki tunggal yang sama membantu kacau bubur.

KESIMPULANNYA...
Generasi hari ini..makin ramai yang tidak kenal bubur ini..mungkin satu hari nanti,ia akan pupus di telan dek arus kemodenan..so, sama2 lah kita kekalkan tradisi ini, bergotong royong membanting tulang untuk menyiapkan sesuatu hidangan. Ini akan mengeratkan hubungan kita sesama islam.. InsyaAllah.. 
Bukit Gemuroh Village

Jumaat, 16 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/khatan beramai2

Kg Bukit Gemuroh telah menjadi tetamu dalam program berkhatan beramai2 yang telah dianjur oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Telemong dengan kerjasama Hospital Hulu Terengganu dan Klinik kesihatan Daerah Hulu Terengganu. Program ini telah disertai lebih kurang 100 orang kanak2 dari kawasan DUN ini. DUN Telemong mempunyai 36 buah kampung yang bermula dari Kampung Teris bersempadan dengan Setiu, Terengganu hingga ke Sekayu/Cengkering....


Majlis ini dirasmikan oleh yang berhormat Tuan HJ Rozi bin Hj Mamat selaku ADUN kawasan Telemong. Perarakan bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dan disertai oleh ibu bapa serta kanak yang berkhatan. Mereka diarak dengan mengunakan lori panjang yang dibina khas untuk tujuan itu. Perarakan bermula dari gelangang futsal Kampung Bukit Gemuroh dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Padang Setar sejam kemudian nya. Kanak2 yang berkhatan diraikan khas dimajlis tersebut dengan perarakan pulut kuning yang dibuat khas serta diiringi oleh pemukul gendang yang dibawa khas dalam majlis tersebut dari kalangan mereka berbangsa cina. Setelah itu mereka dimandikan beramai2 oleh pasukan bomba dari bandar Kuala Berang
Majlis yang macam ini sepatutnya diadakan pada kadar yang kerap kerana dengan adanya majlis yang macam ni dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk dan dapat menjimatkan kos, Disamping itu dapat mempetengahkan budaya melayu atau pun budaya2 bangsa lain.

keadan di dalam lori panjang yang luas dan selesa.



Majlis berkhatan selesai pada pukul 2.00 petang dengan tetamu dijamu dengan hidangan seperti majlis kawin. Diucapkan selamat menempuh alam remaja kapada mereka2 yang berkhatan   :)

Ahad, 11 Disember 2011

Kampung Bukit Gemuroh/squard sayang



....WARGA EMAS DAN GOLONGAN KURANG UPAYA......

             Dalam kesibukkan kita melakukan tugasan seharian, tanggungjawab sosial serta masyarakat jangan pernah dilupakan. Walau ke mana saja kita pergi, di mana saja kita berada, apa pun darjat kita..ingatlah..bahawa tanpa orang - orang tua kita, kita tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, hargailah mereka selagi mereka masih hidup. Berbuat baik lah dengan mereka, jagalah mereka dengan seadanya, hiburkan hati mereka dengan kegembiraan dan kehadiran kita di sisi mereka, kasih sayang yang mereka curahkan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak dapat ditukar ganti. 



.....SKUAD SAYANG......             

          Justeru itu, untuk menghargai jasa dan pengorbanan golongan ini, Wanita Umno telah mengadakan 1 program yang dipanggil 'SKUAD SAYANG' dan ditubuhkan pada tahun 2009. Anggota SKUAD SAYANG ini, akan turun padang untuk membuat kunjungan dari rumah ke rumah bagi mendekati golongan  ini. ( walaupun artikel ini maybe dianggap politik sikit, tapi saya rasa secara peribadi..program ini sangat bagus ditubuhkan. sebab...kita boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh warga emas, memberi sedikit sumbangan, melawat dan meramah mesra dengan mereka. seperti yang kita sedia maklum, dalam zaman sekarang, kita sentiasa sibuk bekerja untuk mencari rezeki. so, kita tiada masa untuk menjenguk mereka sekiranya mereka tinggal jauh dari rumah kita. dan kita tidak akan pergi ke rumah2 mereka sekiranya tiada perkara penting untuk diuruskan yang melibatkan mereka. mungkin juga ada diantara golongan muda sekarang, masih ada yang tidak mengenali siapa mereka walaupun tinggal sekampung. so, dengan adanya program ini, kita boleh merapatkan hubungan silaturrahim yang hampir kian putus.  hehe. Saya dah setahun join grup ni dan semakin lama, saya semakin jatuh sayang dengan golongan ini. ALHAMDULILLAH ..Yang baik jadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan.) Sebenarnya, tiada dana khas yang diperuntukkan untuk 'SKUAD SAYANG', sumbangan yang dihulurkan berbantuk peribadi dan dilakukan secara sukarela. 

 Jom, kita tengok gambar... siapakah SKUAD SAYANG Kg Bukit Gemuroh yang pergi menjenguk..

              


Puan Suhaiza bersama Pengerusi JKKK Kg Bukit gemuroh iaitu En.Abd Rahsid bin Ismail dan skuad sayang lain sedang berbual-bual dengan Tokwan Wan Zainab binti Tom Hamzah..



En. Abd Rashid ketika melangkah keluar, di belakangnya ialah Tokwan Kembang.


Bergurau senda bersama Tokwan Sulong binti Mamat.





Bersama arwah Tokteh..nama sebenar beliau Puteh binti Nik. Dulu arwah merupakan seorang bidan kampung, tapi..apabila usia semakin meningkat..arwah diserang angin ahmar. Ketika ini, beliau tidak dapat menahan sebak apabila melihat skuad sayang datang menziarah.. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. 

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Sama2 lah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Amin..


Berbual-bual dengan Tokwan Siah,atau nama sebenrnya..Siah binti Abdullah.


Time ni...kt rumah Pok Tahir. Beliau menghidap penyakit buah pinggang manakala isterinya pula sering sahaja sakit..




Puan Normala menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak En.Ramley.


Bersama En.Ramley bin Mat Aris. Beliau terlantar di katil akibat serangan angin ahmar. 
Terkaku tanpa mampu berbicara. Hanya doa mampu disedekahkan untuk beliau.


Ni kat rumah Mak Mandak...


Bersama Toklong Nab..


Antara barangan yang telah disumbang kepada warga emas.

YB Rozi bersama En. Abdul Rashid menjenguk arwah Abdul Ghani bin Abdul Rahman, sebulan sebelum arwah meninggal dunia. 

Kampung Bukit Gemuroh/gotong royong


Air diambil ditengah muara,
Di isi dalam labu sayung,
Kalau kita semua bersaudara,
Mari bersama bergotong royong.

Gotong Royong merupakan salah satu cabang aktiviti yang mesti dimiliki oleh sesebuah kampung. Gotong royong juga merupakan penanda aras perpaduan di dalam sesebuah kampung. Kampung yang berjaya ialah kampung yang tak mempunyai masalah sosial yang besar ke atas masyarakat yang mendiaminya. Dan gotong royong adalah petunjuk untuk mengesani tahap berjaya sesebuah kampung.

Maksud gotong royong ialah membuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, ia meliputi daripada semua jenis pekerjaan yang dibuat secara beramai-ramai yang bermula daripada membersih kubur sehingga mengangkat rumah yang hendak dipindahkan ke tempat yang lain.

Gotong royong yang paling popular dikampung2 ialah gotong royong di majlis2 kahwin, membersih masjid dan kawasan masjid, membersih tanah perkuburan, membuat jalan kampung, bergotong royong dikawasan pertanian, gotong royong membuat rumah dan perpindahan rumah.

Pada zaman dahulu, bergotong royong memindahkan rumah dari tapak asal ketapak yang lain menjadi kebiasaan biasa. Seluruh kudrat dikerahkan untuk menjayakannya. Permandangan gotong royong seperti ini menjadi sangat asing kapada generasi sekarang. Mungkin ada yang tak terfikir rumah yang sebegitu besar dan berat boleh dipikul beramai2. Itu lah berkat dari gotong royong...

 Hidup bermaufakat membawa berkat.
Gotong royong yang berjaya bergantung kepada penyertaan penduduk di suatu tempat. Kalau diwakili oleh pelbagai peringkat umur menandakan gotong royong  itu mencapai kejayaan. Gotong royong tidak perlu kepada penyelesaian kerja yang dibuat, tetapi lebih kepada penyertaan. Walau macam mana pun berkat dari bergotong royong biasa nya perkejaan yang dibuat akan dapat diselesaikan dengan segera dan cepat.

Bergotong royong biasanya saling melengkapi antara satu sama lain,ia mencerminkan sebuah komuniti kehidupan yang sebenarnya,Didalam nya mempunyai ketua,ahli jawatan kuasa dan pekerja nya.Kalu ketua dan ahli jawatan kuasanya memainkan peranan yang sepatutnya maka gotong royong itu akan mencapai kejayaan yang sepatutnya.

Dalam kehidupan yang sebenar dalam sebuah masyarakat mempunyai banyak watak yang di bawa. Salah satu watak yang ada dalam masyarakat ialah golongan yang pemalas, begitu lah juga semasa bergotong royong, watak2 yang seperti ini memang tak dapat lari dari semua aktiviti yang disertai oleh ramai anggota masyarakat nya. Salah satu watak yang memang mesti ada dalam bergotong royong ialah tukang masak. Kehadiran mereka ini seolah2 menghidupkan suasana bergotong royong, tanpa kehadiran watak ini seolah2 gotong royong tak hidup suasananya.

Kampung Bukit Gemuroh tak ketinggalan dengan aktiviti ini. Boleh dikatakan kalau ada sesuatu peristiwa, gotong royong mesti diadakan kerana peranan nya amat berkesan dalam menyatupadukan masyarakat. Beberapa siri gotong royong telah diadakan baru2 ini dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari masyarakat kampung serta beberapa angesi kerajaan seperti RELA, Jabatan kesihatan, Pertahanan Awam dan Majlis Daerah. Beberapa watak yang tidak hadir bila satu2 pakatan masyarakat diadakan memang menjadi perkara biasa bak kata pepatah Nak berkas tanduk bukan lah mudah,carik-carik bulu ayam akhirnya bertaut juga,cincang air tak kan putus,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, pepatah ini menggambarkan salah faham dalam masyarakat adalah perkara biasa dan tak perlu sangat diberi perhatian dan tak perlu sangat membenci antara satu dengan yang lain..

Diharapkan tradisi melayu ini tak luput ditelan zaman kerana semangat bergotong royong hanya dapat dipertahankan dengan ada kesatupaduan masyarakatnya dan dapat dipertahankan kerana kesedaran  masyarakatnya yang dapat menilai betapa tinggi nilai2 tradisi bangsa dan masyarakat tersebut.

SEKIAN.....