Khamis, 25 Julai 2013

Kampung Bukit Gemuroh/Ya Ramadhan



                                        Ramadhan datang lagi...bulan yang ditunggu - tunggu oleh setiap umat islam di muka bumi ini. Semua umat islam diwajibkan berpuasa dibulan ini pada waktu siang dan menunaikan solat sunat terawih pada waktu malam selepas waktu isyak. Dalam bulan ini juga, Al-Quran diturunkan, semua muslimin diwajibkan membayar zakat. Bulan ramadhan banyak manfaatnya, bulan inilah kita memperolehi banyak pahala.

                                       Suasana berpuasa dikampung Bukit Gemuroh.. xsama dengan suasana di bandar. Walaupun jalan raya xpnh sunyi dengan kenderaan yang lalu lalang, tapi suasananya tetap berbeza..sebab dikampung ada mak, ayah, adik beradik.. hehehe.. Dapat makan yang sedap2..sebab mak yang masak, air tangan mak sangat berbeza dengan lauk pauk yang jual di kedai... Mmm...so, beruntung la bagi yang tinggal dikampung. Bagi golongan perantau, sentiasalah 'calling2' ibu bapa anda di kampung.. hihi.
Ok, waktu bulan2 puasa macam ni,  ada jugak  gerai jualan untuk peniaga2 kampung menambahkan pendapatan keluarga. Kat Masjid pun suasananya dah lain sedikit. Agak meriah dan berpenghuni coz ramai yang datang untuk solat terawih, tak macam sebelum ini , hambar je. Dahulu masjid hanya dipenuhi oleh golongan warga emas, kini pelbagai peringkat umur datang ke masjid dari kecil sampai la warga tua. Bermula dari 1 saf bertambah menjadi 3-4 saf (saf perempuan). Alhamdulillah..lepas solat ada moreh.. Bagi tahun2 lepas moreh disediakan oleh org2 kampung sendiri,iaitu  mengikut sistem jadual,setiap rumah bergilir2 menyediakan makanan untuk dijamu oleh jemaah masjid. Jadual disediakan oleh ajk masjid. Surau pula dulu tidak berpenghuni, kini dah ada bunyi azan, surau djaga bersih. ada makmun n ada imam, walaupun xpenuh 1 surau, tapi sekurang2nya ada penghuni di waktu2 begini. Alhamdulillah.. Bagi golongan kanak2 pula, kerap pula bermain mercun. Walaupun kadang kala mengganggu ketenteraman awam, tapi bunyi2 mercun ni la menjadi salah satu perbezaan antara bulan2 lain. Jom tengok gambar yang telah disediakn oleh jurukamera.




Ni gerai Pok Loh...Gerai ni jual macam2 air...Kedudukan gerai betul2 di hadapan kedai ibunya, dan dekat dengan simpang tiga... 



Ni lak.. salah satu pelanggangnya, Abang Ari bersama anaknya.


Dia jual air soya..telur puyuh, kueh2...semestinya fresh dari ladang.

Ni gerai Mak Ngah Pesah...dia jual air tebu...


Mencari malam lailatulqadar...

Lailatul Qadar adalah malam yang dikhabarkan oleh Allah SWT sebagai malam kemuliaaan, dimana nilai keberkahan malam itu lebih baik daripada seribu bulan. Para malaikat dan malaikat Jibril turun ke dunia menebarkan salam hingga terbit fajar. Allah SWT menerangkan hal itu dalam firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
 (Qs. al-Qadar [97]: 1-5). 





Budak2 duk sembang2...Kenal k sape ni?


Golongan kanak2...

Motor pun banyak...







Ini saf bagi golongan lelaki...saf selepas 8 rakaat bertewarih..


kesimpulan......

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri


Matahari berzikir,
angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut ramadhan 2013 ini,indahnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan