Rabu, 24 Julai 2013

Kampung bukit Gemuroh/Pengkalan mandi

 kampung bukit gemuroh..


                                    Sungai merupakan sejenis saluran air  yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

                                     Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

                                  Pada zaman dahulu...dalam era 20-an, selain laut, sungai merupakan salah satu jalan perhubungan air yang amat penting bagi penduduk kampung di sekitarnya. Disitulah penduduk kampung melakukan pelbagai urusan harian  seperti membasuh, mandi manda, dan menjadikan air sungai sebagai satu sumber bekalan air yang utama yang digunakan untuk memasak dan minuman. Sungai juga dijadikan satu jalan utama untuk ke satu kawasan ke satu kawasan yang lain kerana pada masa itu belum ada lagi jalan darat yang konkrit dan berturap sepenuhnya, kalau ada pun, hanya laluan yang kecil, sempit dan gelap kerana disekitarnya adalah hutan yang semak. Pedagang - pedagang juga turut menggunakan laluan air untuk memasarkan dan menjual barangannya. Pada zaman itu, kawasan air sungai sangat luas dan kedalaman air sangat dalam. Ia sangat sesuai untuk laluan kapal - kapal dagang dan perahu - perahu besar datang untuk berdagang. Sungai juga menjadi salah satu sumber pendapatan dan makanan penduduk. Mereka melakukan aktiviti menangkap ikan, menjala dan menanam pelbagai tanaman di tanah berdekatan dengan sungai, kerana tanah ditepi2 sungai sangat subur dan sesuai untuk pertanian.

                              Masa zaman saya kecil2 dahulu, pada tahun 90-an, tiap pagi dan petang...sungai ibaratkan macam pesta..ramai penduduk turun ke sungai untuk mandi, membasuh pakaian, mencari ikan, kadang2 berkelah di tepi sungai, budak2 pula..suka bermain di atas pasir yang timbul di permukaan sungai.. Bermacam permainan dimainkan di situ, antara seperti galah panjang, bola beracun, 'games', susun tin dan pelbagai2 lagi. Adakah anda kenang zaman kanak- kanak anda?? seronok kn?? pasti kita semua merindui saat-saat kenangan manis pada waktu dulu..
Zaman kanak- kanak sekarang dah lain..dah xsama macam kita dulu. Sekarang zaman teknologi canggih.. Budak umur 3 tahun dah pandai guna telefon galaxy tab..hihi. Inilah dunia.. Ok, jom kite tengok gambar menarik yang sempat jurukamera saya rakam..


PENGKALAN SUNGAI DI KAMPUNG BUKIT GEMUROH

Ni...pengkalan tengah. Terletak di antara kebun Mok Mi dengan wakaf. Dulu pengkalan ni xmacam ni. Ia lagi panjang dan tak ada kayu tinggi-tinggi macam tu.. pengkalan yang dulu telah dihanyutkan oleh bah..So, orang kampung telah mengganti yang baru. walaupun tak sama, ia tetap berfungsi dengan elok.




Pengkalan ni terletak berdekatan dengan rumah Pak Selamat dengan rumah Pak Zamri.. hihi.


Pengkalan ni lak terletak di belakang dewan.. Dulu ia dikenali jugak dengan nama Pengkalan Masjid, sebab kedudukannya berdekatan dengan masjid. 


 Ini pengkalan wakaf..Dulu lain, sekarang dah lain.. Pengkalan inilah banyak nostalgia saya bersama arwah ayah...



                Ia dikenali dengan nama kalang padang nibung.. Dekat je dengan rumah enjin air..

Mmmm...ingat x, dulu zaman kecil2...selalu bermain galah panjang kat atas pasir ni...



Kesimpulannya.....CINTAILAH SUNGAI KITA. Hargailah ia sebagai khazanah alam yang paling berharga dimuka bumi ini....





.....WAALLAHUALAM....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan