Rabu, 23 November 2011

Kampung bukit gemuroh/banjir


MUSIM TENGKUJUH

Banjir datang lagi..huhu. Syoknya main air. Musim tengkujuh dah tiba. Sejak akhir-akhir ni, hujan turun dengan lebat, air sungai mula melimpah keluar dari struktur asalnya. Rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai dan yang tinggal di kawasan rendah mula berjaga-jaga. Bimbang sekiranya air sungai masuk ke dalam rumah. Terutama rumah Pok Meri dan Pok Selamat. Waktu ini, (23/11/2011- 6.00 pm ) rumah mereka dah mula dikelilingi air sungai paras betis. (Sry,gmbr keadaan rumah mereka tak sempat rakam)   

LET'S GO KITA KAJI........



Banjir merupakan satu limpahan air yang melebihi dari paras biasa akibat dari hujan monson. Biasanya ia terjadi pada bulan Oktober hingga Februari di Semenanjung Malaysia dan Kampung Bukit Gemuroh juga menerima kesannya ekoran  daripada kehendak alam ini. Pada pemahaman tradisional, banjir akan terjadi mengikut standard yang tertentu. Penduduk kampung biasanya mengelar banjir pertama,  kedua dan ketiga. Banjir pertama tidak lah begitu besar, ia sekadar melimpahi tebing sungai dan kemudian  surut. Seolah-olah  akan bermula musim baru.


Manakala banjir yang kedua akan terjadi lebih besar dari yang pertama. Pada waktu ini, penduduk akan lebih bersedia dari segi keselamatan haiwan ternakan dan tanaman. Kampung Bukit Gemuroh tidak berlaku keadaan yang cemas bila berlaku nya banjir. Hanya waktu yang tertentu sahaja keadaan cemas terjadi. Banjir tidak lah memberi satu musibah kepada penduduk Kampung Bukit gemuroh. Kadang-kadang boleh dikatakan, apabila banjir melanda suasana sudah menjadi suatu pesta dan tak perlu dirunsingkan sangat. (Bagi sesetengah pihak sahaja) Kebiasaannya banjir akan melimpahi sehingga ke atas jalan raya pada banjir yang ketiga. Pada masa ini keadaan akan menjadi lumpuh kerana kenderaan tidak dapat bergerak ke bandar.


Di musim banjir seolah-olah masa berehat kepada penduduk kampung yang terlibat dengan berkerja sendiri seperti penoreh getah, petani, tukang rumah dan sebagainya. Masa ini seolah-olah masa renggang untuk menanti musim yang berikutnya. Kegiatan mereka waktu ini hanya lah sekadar memenuhi masa lapang sahaja. Kegiatan yang popular ialah memukat ikan,duduk kedai kopi dan berjalan2.

 (Jalan ke kawasan perumahan baru Kampung Bukit Gemuroh)


 (Padang Nibong)

KEADAAN BANJIR DI TERENGGANU..

Mengikut laporan berita di TV3, hujan lebat yang berterusan mengakibatkan mangsa banjir dipindahkan meningkat yang membabitkan seramai 409 buah keluarga dan ditempatkan 29 buah pusat perpindahan. Daerah Setiu paling ramai iaitu 253 mangsa. Besut pula 431 dan Hulu Terengganu 105. Antara terjejas teruk, rumah penduduk berhampiran Sungai Berang yang ditenggelami air hampir 3 meter. Jalan pengkalan Ajal ke Kuala Berang pula dinaiki air sedalam 5 meter.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Banjir_Di_Pahang_Johor_Dan_Terengganu.html

 p/s : sewaktu entri ini diterbitkan, hujan dah mula berhenti dan air sungai mulai surut dan tidak lagi berada di paras merbahaya. Matahari mula menunjukkan sinarnya. Alhamdulillah.. WASSALAM

1 ulasan:

  1. nama kampung bukit gemuroh tp tiap2 thn kena banjir,hapa lh kg tu,agaknya bukit tu dibawah aras laut.....

    BalasPadam