Selasa, 25 Mac 2014

Futsal tertutup

Kampung Bukit Gemuroh...


KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN.


                                 Tanggal 22 Mac 2014, satu perlawanan futsal telah diadakan sempena perasmian pembukaan gelanggang futsal yang baru di Kg Bukit Gemuroh. Gelanggang ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rozi bin Mamat pada petang itu. Fokus kejohanan ini tertumpu kepada belia - belia kampung. Perlawanan ini bermula pada waktu malam 21 Mac 2014 dan berakhir pada petang 22 Mac 2014. Terdapat 2 kategori pemain di dalam perlawanan futsal tertutup ini, iaitu kategori umur 15 tahun ke atas dengan bayaran RM5 seorang dan kategori 15 tahun ke bawah dengan bayaran RM3 seorang. Beberapa kumpulan telah ditubuhkan dimana setiap kumpulannya dianggotai oleh 5-6 orang pemain. Bagi kategori umur 15 tahun keatas pula, mereka telah diberi pilihan untuk memilih beberapa nama tempat yang popular terdapat di kampung ini untuk dijadikan sebagai nama kumpulan mereka.

Bagi kategori umur 15 ke bawah disertai oleh :
               a) Kumpulan 1
               b) Kumpulan 2
               c) Kumpulan 3

        JUARA : KUMPULAN 3

Bagi kategori umur 15 tahun ke atas disertai oleh :
               a) Kumpulan Paya Tok Yeng  ( 4 Mata )
               b) Kumpulan Pengkalan Tengah  (13 mata )   
               c) Kumpulan Banggul Lelah  (4 Mata )
               d) Kumpulan Kubang Mok Mitho ( 11 Mata )
               e) Kumpulan  Padang Nibong ( 12 mata )
               f) Kumpulan Bukit China ( 4 Mata )
               g) Kumpulan Bukit Langkat  ( 11 Mata )
  

Separuh Akhir:
1) Bukit lakat       (1)                 Lwn          pengkalan tengah  (0)
2) Padang Nibung (2)                Lwn          Kubang Mok Nito (0)

Akhir;
Padang Nibong    (6)                 lwn            Bukit Lakat    (5)

      JUARA : KUMPULAN PADANG NIBONG


SEJARAH PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL

                   Gelanggang ini dibina pada bulan awal November 2013 dan telah siap sepenuhnya pada akhir Disember 2013 dengan keluasan 80 x 60 kaki persegi. Sebanyak RM 100,000.00 bajet telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan kementerian belia dan sukan untuk membina gelanggang futsal ini bagi memudahkan golongan belia dan kanak - kanak melakukan aktiviti riadah pada waktu petang dan malam. Lokasinya terletak ditepi jalan dan bersebelahan dengan kedai makan Pok Nuar. Ia dilengkapi dengan jaring panghadang, bilik air dan tandas.  Pada awal Mac 2014, gelanggang ini telah dibuka sepenuhnya untuk bermain dengan bayaran RM2 seorang sekiranya bermain pada waktu malam dan diberi percuma sekiranya bermain pada waktu petang. Di harap, dengan adanya gelanggang ini, aktiviti tidak sihat golongan belia dapat dikurangkan.. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan untuk JKKK Kg Bukit Gemuroh iaitu En Abdul Rashid bin Ismail kerana telah berusaha bersungguh - sungguh untuk mewujudkan gelanggang ini di Kampung Bukit Gemuroh bagi memenuhi keperluan dan kehendak anak - anak muda kampung. 


JOM CUCI MATA...

...juara..
                           
                           
                   
...antara pemain - pemain..
ucapan alu-aluan  dan perasmian
  
bagi golongan umur 15 tahun ke bawah








SEKIAN...

Rabu, 13 November 2013

aidiladha

kemeriahan aidiadha...




HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab:'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata:  Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.





SAMBUTAN HARI RAYA QURBAN DI KAMPUNG KITA....



                       Sambutan Raya Haji tahun ni xberapa meriah sangat berbanding sambutan hari raya puasa.. Seperti biasa, awal2 pagi penduduk kampung mula memenuhi masjid untuk sembahyang raya, walaupun saf  berkurang berbanding time raya puasa, tapi sambutan cukup menggalakkan. Mungkin disebabkan cuti raya tak panjang kot. Ataupun mungkin juga faktor giliran balik raya bukan di Kg Bukit Gemuroh pada raya ni bagi golongan yang sudah berkeluarga..  Selepas sembahyang, aktiviti penyembelihan mula dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Daging - daging lembu akan diagihkan kepada orang orang kampung. Time ni, memang cukup mewah dengan daging lembu.. Sampaikan ada yang akannaik darah tinggi.. hihi. Tapi, yang paling xbest..bila terdengar suara lembu yang disembelih itu berbunyi sayup je saat nyawa berpisah daripada badan.. Sedih rasenya,kesian pun ada.. Tahun ni, dalam menunaikan ibadat haji ke Mekkah, hanya sepasang suami isteri je yang pergi melakukan ibadat tersebut. Sekarang, mereka dah selamat sampai ke Tanah Air.. Ok la,jom cuci mata...jengok2 pic yang sempat dirakamkan sempena ibadat qurban dilakukan.




Anak sape la ni...




Daging - daging lembu yang akan diagihkan sama rata..




Skill memotong daging... 



Salah seorang warga emas Kg Bukit Gemuroh... 








Dah sampai masanya...








Detik - detik terakhir sebelum disembelih..


Bergotong - royong membawa maufakat..



Mungkinkah ada pelapis bagi golongan emas ni...


....SEKIAN....

Khamis, 25 Julai 2013

Kampung Bukit Gemuroh/ Majlis Khatan



MAJLIS BERKHATAN

                     Tanggal 25 Mei 2013, hari Sabtu ...satu majlis berkhatan beramai - ramai  telah diadakan bagi meraikan anak - anak kecil penduduk Kg Bukit Gemuroh. Seramai 12 orang peserta diraikan dalam majlis ini. Majlis ini bermula dengan perarakan kecil dari gelanggang serbaguna dan berakhir di rumah Pengerusi JKKK Kg Bukit Gemuroh. Mereka dijulang diatas bahu sambil membawa payung strawberi.. Diiringi oleh gadis - gadis kecil, dihiasi dengan bunga pahar, bunga manggar dan didendangkan dengan paluan gong serta selawat beramai - ramai. Apabila sampai di rumah En.Abdul Rahsid, mereka direnjis dengan air mawar dan dihiburkan dengan tarian balai. Majlis ini cukup - cukup meriah dengan kehadiran orang - orang kampung dan dif jemputan. Orang - orang kampung saling berganding bahu untuk memastikan majlis berjalan seperti yang dirancang. 


                      Secara umumnya, majlis ini diadakan tiap - tiap tahun. Ia seakan menjadi perkara wajib setiap tahun untuk meraikan kanak - kanak berkhatan ini. Majlis seperti ini, sangat - sangat wajar diteruskan dari semasa ke  semasa kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk, dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk mengadakan kenduri khatan anak- anak mereka.   Masih ingatkah....3 tahun lepas, majlis seperti ini juga telah diadakan dirumah En. Samsudin bin Ahmad. Waktu itu mereka berarak dalam hujan..Kesian lak.. Hihi.. Nanti boleh imbau kembali dalam potret yang akan saya paparkan.. Selamat Menonton.. 


                         



....BERKHATAN TAHUN 2013....


....dijulang tinggi diatas bahu, diraikan bak raja sehari...


...Tersenyum menghilangkan debaran dihati...








 ...gadis - gadis pengiring...





....posing kejap sebelum berarak...


...mereka yang diraikan, segak bergaya...










....ditepung tawar, direnjis air mawar...


..dihiburkan dengan tarian balai...









...TIME NI DISEMBER 2010...



bunga pahar menjadi penyeri..

Berarak Dalam Hujan.. Jimat air pili Bomba..


Pengiring...


Dalam Kesejukkan...

Sanggup Bermandikan Hujan Untuk Meraikan Pengantin Kecil..


Wajah2 Diraikan...

Wajah2 Diraikan..

Berselera...

Dihiburkan Dengan acara Silat..



Orang2 Kampung Yang Saling Bekerjasama Dalam Menyiapkan Hidangan Untuk Tetamu Yang Datang...











Apabila Tiba Waktu Malam...