Baru-baru ini, satu pesta emping telah diadakan pada 2hb Mac 2012 bertempat di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu. Pesta ini diadakan sempena keberangkatan Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah mencemar duli ke daerah Hulu Terengganu. Pesta ini dianjurkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu. Pesta mengemping ini dikatakan mencatat sejarah kerana seramai 160 buah kampung @ 650 orang ahli telah menyertai pesta ini, termasuk warga Kg Bukit Gemuroh. Ia cukup meriah dengan bunyi - bunyi tumbukan alu di lesung iwalaupaun ketika itu hujan renyai renyai..
Untuk memeriahkan majlis ini, pelbagai acara permainan telah dianjurkan dan berlangsung pada sebelah pagi.. Budak - budak tabika KEMAS turut mengambil bahagian.. Mereka membuat pembarisan, sukaneka, perlawanan futsal dan bola jaring. Mereka cukup comel dengan pakaian berwarna-warni mengikut tema dun masing - masing. Pertandingan silat juga turut diadakan, dan disertai oleh golongan daripada persatuan - persatuan silat di daerah Hulu Terengganu. Golongan belia di setiap Mukim di Hulu Terengganu pula telah menyertai pertandingan sukaneka. Antaranya ialah, acara bola cetong (wanita), rampai tradisi dan terompah panjang (lelaki). Ia cukup menghiburkan..
Pada sebelah petang pula, barulah pesta ini bermula..dan dirasmikan oleh Sultan Mizan sendiri. Pelbagai jenis lesung telah diperkenalkan untuk tontonan umum.. Ia cukup bermakna, kerana kemungkinan generasi sekarang masih ramai yang belum tahu kewujudan dan kegunaan lesung - lesung yang telah ada sejak zaman dulu.. Emping juga, ramai yang tidak tahu bagaimana bentuk dan rupanya, apatah lagi cara memasak dan makannya.. Anda pula bagaimana??? Waktu malam pula, diadakan ceramah ehwal islam. Penceramahnya dari golongan yang berkaliber. Tetapi ia kurang mendapat sambutan ramai berbanding pada waktu siang. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang kurang memuaskan, kerana malam itu hujan turun sangat lebat mengakibatkan padang menjadi becak dan dipenuhi air.
gambar yang sempat dirakam...
4 orang warga kampung menumbuk Lesung Galang.
Acara permainan bola cetong bagi golongan belia wanita..
Tersenyum puas setelah tin - tin ini berjaya disusun semula..
Makcik ini sedang menapis emping yang telah siap ditumbuk untuk menjadi santapan orang ramai.
Tabika (KEMAS) dari Dun Telemong..
Adik - adik TABIKA bermain bola jaring..
Suasana di bawah khemah..Macam2 gelagat dan karenah..
Ni lak..di atas lesung tinggi.. Ce teka, siapakah mereka ini?? hihi..
kesungguhan menumbuk ping..
bersiap sedia menunggu arahan..
ni lak menumbuk di lesung besar..
corak pada baju sukan rakyat...dapat free untuk setiap paserta..
Dan yang paling penting..tercatat dalam book of rekod...
SEKIAN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan