Air diambil ditengah muara,
Di isi dalam labu sayung,
Kalau kita semua bersaudara,
Mari bersama bergotong royong.
Maksud gotong royong ialah membuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, ia meliputi daripada semua jenis pekerjaan yang dibuat secara beramai-ramai yang bermula daripada membersih kubur sehingga mengangkat rumah yang hendak dipindahkan ke tempat yang lain.
Hidup bermaufakat membawa berkat.
Gotong royong yang berjaya bergantung kepada penyertaan penduduk di suatu tempat. Kalau diwakili oleh pelbagai peringkat umur menandakan gotong royong itu mencapai kejayaan. Gotong royong tidak perlu kepada penyelesaian kerja yang dibuat, tetapi lebih kepada penyertaan. Walau macam mana pun berkat dari bergotong royong biasa nya perkejaan yang dibuat akan dapat diselesaikan dengan segera dan cepat.
Bergotong royong biasanya saling melengkapi antara satu sama lain,ia mencerminkan sebuah komuniti kehidupan yang sebenarnya,Didalam nya mempunyai ketua,ahli jawatan kuasa dan pekerja nya.Kalu ketua dan ahli jawatan kuasanya memainkan peranan yang sepatutnya maka gotong royong itu akan mencapai kejayaan yang sepatutnya.
Dalam kehidupan yang sebenar dalam sebuah masyarakat mempunyai banyak watak yang di bawa. Salah satu watak yang ada dalam masyarakat ialah golongan yang pemalas, begitu lah juga semasa bergotong royong, watak2 yang seperti ini memang tak dapat lari dari semua aktiviti yang disertai oleh ramai anggota masyarakat nya. Salah satu watak yang memang mesti ada dalam bergotong royong ialah tukang masak. Kehadiran mereka ini seolah2 menghidupkan suasana bergotong royong, tanpa kehadiran watak ini seolah2 gotong royong tak hidup suasananya.
Kampung Bukit Gemuroh tak ketinggalan dengan aktiviti ini. Boleh dikatakan kalau ada sesuatu peristiwa, gotong royong mesti diadakan kerana peranan nya amat berkesan dalam menyatupadukan masyarakat. Beberapa siri gotong royong telah diadakan baru2 ini dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari masyarakat kampung serta beberapa angesi kerajaan seperti RELA, Jabatan kesihatan, Pertahanan Awam dan Majlis Daerah. Beberapa watak yang tidak hadir bila satu2 pakatan masyarakat diadakan memang menjadi perkara biasa bak kata pepatah Nak berkas tanduk bukan lah mudah,carik-carik bulu ayam akhirnya bertaut juga,cincang air tak kan putus,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, pepatah ini menggambarkan salah faham dalam masyarakat adalah perkara biasa dan tak perlu sangat diberi perhatian dan tak perlu sangat membenci antara satu dengan yang lain..
Diharapkan tradisi melayu ini tak luput ditelan zaman kerana semangat bergotong royong hanya dapat dipertahankan dengan ada kesatupaduan masyarakatnya dan dapat dipertahankan kerana kesedaran masyarakatnya yang dapat menilai betapa tinggi nilai2 tradisi bangsa dan masyarakat tersebut.
SEKIAN.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan