Banjir datang lagi..huhu. Syoknya main air. Musim tengkujuh dah tiba. Sejak akhir-akhir ni, hujan turun dengan lebat, air sungai mula melimpah keluar dari struktur asalnya. Rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai dan yang tinggal di kawasan rendah mula berjaga-jaga. Bimbang sekiranya air sungai masuk ke dalam rumah. Terutama rumah Pok Meri dan Pok Selamat. Waktu ini, (23/11/2011- 6.00 pm ) rumah mereka dah mula dikelilingi air sungai paras betis. (Sry,gmbr keadaan rumah mereka tak sempat rakam)
LET'S GO KITA KAJI........
Banjir merupakan satu limpahan air yang melebihi dari paras biasa akibat dari hujan monson. Biasanya ia terjadi pada bulan Oktober hingga Februari di Semenanjung Malaysia dan Kampung Bukit Gemuroh juga menerima kesannya ekoran daripada kehendak alam ini. Pada pemahaman tradisional, banjir akan terjadi mengikut standard yang tertentu. Penduduk kampung biasanya mengelar banjir pertama, kedua dan ketiga. Banjir pertama tidak lah begitu besar, ia sekadar melimpahi tebing sungai dan kemudian surut. Seolah-olah akan bermula musim baru.
Manakala banjir yang kedua akan terjadi lebih besar dari yang pertama. Pada waktu ini, penduduk akan lebih bersedia dari segi keselamatan haiwan ternakan dan tanaman. Kampung Bukit Gemuroh tidak berlaku keadaan yang cemas bila berlaku nya banjir. Hanya waktu yang tertentu sahaja keadaan cemas terjadi. Banjir tidak lah memberi satu musibah kepada penduduk Kampung Bukit gemuroh. Kadang-kadang boleh dikatakan, apabila banjir melanda suasana sudah menjadi suatu pesta dan tak perlu dirunsingkan sangat. (Bagi sesetengah pihak sahaja) Kebiasaannya banjir akan melimpahi sehingga ke atas jalan raya pada banjir yang ketiga. Pada masa ini keadaan akan menjadi lumpuh kerana kenderaan tidak dapat bergerak ke bandar.
Di musim banjir seolah-olah masa berehat kepada penduduk kampung yang terlibat dengan berkerja sendiri seperti penoreh getah, petani, tukang rumah dan sebagainya. Masa ini seolah-olah masa renggang untuk menanti musim yang berikutnya. Kegiatan mereka waktu ini hanya lah sekadar memenuhi masa lapang sahaja. Kegiatan yang popular ialah memukat ikan,duduk kedai kopi dan berjalan2.
(Jalan ke kawasan perumahan baru Kampung Bukit Gemuroh)
(Padang Nibong)
KEADAAN BANJIR DI TERENGGANU..
Mengikut laporan berita di TV3, hujan lebat yang berterusan mengakibatkan mangsa banjir dipindahkan meningkat yang membabitkan seramai 409 buah keluarga dan ditempatkan 29 buah pusat perpindahan. Daerah Setiu paling ramai iaitu 253 mangsa. Besut pula 431 dan Hulu Terengganu 105. Antara terjejas teruk, rumah penduduk berhampiran Sungai Berang yang ditenggelami air hampir 3 meter. Jalan pengkalan Ajal ke Kuala Berang pula dinaiki air sedalam 5 meter.
p/s : sewaktu entri ini diterbitkan, hujan dah mula berhenti dan air sungai mulai surut dan tidak lagi berada di paras merbahaya. Matahari mula menunjukkan sinarnya. Alhamdulillah.. WASSALAM
Kampung Bukit Gemuroh telah dibina selepas berlakunya bah (banjir) merah pada tahun 1927 dan mendapat nama dengan cara yang agak unik. Kampung Bukit Gemuroh dibina dengan baik, di sisinya mengalir sebatang sungai yang cantik begitu mengagumkan yang dinamakan sungai TERSAT. Wujudnya kampung ini sangat menepati ciri-ciri sebuah kampung tradisional.
Sungai tersat yang mengalir disisinya.
Sejak ia dibangunkan, kampung ini telah mengalami banyak peristiwa, seperti zaman komunis dan zaman pemerintahan jepun yang amat trajis. Pada 1927, berkebetulan dengan tertubuhnya parti komunis di Malaysia yang bermula di Singapura pada tahun 1940 hingga tahun 1945. Pada tahun tersebut telah menjadi titik hitam dalam sejarah dunia dan Tanah Melayu kerana pada masa itu telah terjadi perang dunia kedua dan peristiwa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Kesan peperangan dunia kepada Kampung Bukit Gemuroh tidak terjadi secara langsung, tetapi ia nya sangat diingati tentang penaklukkan Jepun ke atas Tanah Melayu. (Jepun permain utama dalam perang dunia kedua dalam misinya untuk menawan Timur jauh) Banyak peristiwa yang terjadi yang melibatkan orang kampung dengan pelbagai peristiwa yang menyedihkan.(Semasa perang dunia kedua dahulu (1942-1946), tentera Jepun dikatakan telah membawa ramai pemuda Tanah Melayu untuk bekerja mambina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Stesen Thanbyuzayat di Burma (Myanmar). Landasan ini lebih kenali sebagai Landasan Keretapi Maut yang dibina untuk memudahkan laluan tentera Jepun menakluki India yang dikuasai British pada masa itu. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan akan bekerja dengan bayaran gaji lumayan tetapi apa yang berlaku ialah mereka dipaksa bekerja tanpa gaji makanan dan pakaian, ramai daripada kalangan mereka meninggal dunia kerana serangan penyakit atau dibunuh kerana cuba melarikan diri. Kerja dijalankan hampir 24 jam sehari dengan purata masa bekerja setiap buruh 16 jam sehari tanpa cuti walaupun sakit (melainkan benar-benar sakit hingga tidak mampu berdiri). Tentera Jepun akan memerhatikan buruh paksa bekerja lengkap dengan senjata dan sebatang buluh atau rotan bertujuan untuk mendera buruh yang dirasakan malas. Makanan asas yang dibekalkan adalah nasi (dengan jumlah yang sedikit), daging babi, ikan dan sayuran. Buruh paksa yang beragama Islam tiada pilihan lain melainkan memakan makanan tersebut untuk terus hidup. Pakaian mereka adalah apa yang dibawa sewaktu mula-mula tiba di kawasan pembinaan landasan tersebut. Tiada selimut disediakan pada waktu malam. Hospital yang disediakan oleh Tentera Jepun ibarat pondok menunggu ajal kerana tiada kelengkapan dan ubat yang sepatutnya. Biarpun tawanan perang dari Singapura ada membawa bekalan perubatan dari sana, semuanya telah diambil oleh Tentera Jepun untuk kegunaan mereka. Yang ada di hospital itu ialah pangkin-pangkin panjang. Walaupun hak-hak buruh paksa telah dinafikan sepanjang pembinaan tersebut, landasan keretapi itu berjaya disiapkan pada 16 Oktober 1943. Landasan tersebut telah dirasmikan pada 25 Oktober 1943. Landasan yang dibina itu menelan kos buruh yang amat tinggi, dianggarkan 160,000 nyawa manusia yang dinafikan hak sebagai manusia. Ada yang dikebumikan tetapi ramai yang dibakar terutamanya buruh dari Asia. Ada juga yang mengatakan bahawa setiap alas landasan yang diletakkan, satu nyawa terkorban.) Antara penduduk Kampung Bukit Gemuroh yang terlibat secara langsung dalam pembinaan ini ialah Salleh bin Jusuh, Cik Amat Salleh, Mamat bin Khatib Hassan dan Pilus bin Khatib Hassan. Mereka dikatakan terselamat pulang ke kampung kerana berjaya melarikan semasa di Thailand. Mereka juga telah menerima pampasan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Jepun pada abad ini.
Walau macam mana pun kesan nya tidak sehebat yang dialami oleh penduduk di sebelah pantai, mungkin kampung ini terletak di kawasan pendalaman dan menyukarkan dalam hubungan jalan raya untuk kenderaan. Setelah tamat nya perang dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, telah terjadi perisytiharan dharurat pada tahun 1948. (Dharurat terjadi antara penuntut kemerdekaan tanah melayu,komunis dan Inggeris) Dan di peristiwa ini lah penduduk Kampung Bukit Gemuroh mengalami secara langsung peristiwa hitam tersebut, Dari peristiwa dharurat ini lah perkataan 'home guard' dan perkataan keinggerisan telah diketahui oleh penduduk kampung.
Agaknya begini lah rupa Kampung Bukit Gemuroh pada tahun 40-an, penuh dengan hutan dan pokok-pokok yang besar. (Bukit Langkap; Bukit Langkap membawa banyak kisah kepada penduduk kampung Bukit Gemuroh (Tepas), Bukit Langkap merupakan kebun buah-buahan sejak zaman berzaman kepada penduduk kampung. Pada awal abad yang lalu. Diceritakan pada tahun itu, penduduk Kampung Bukit Gemuroh meminjam peralatan kenduri kawin seperti pinggan mangkuk dan sebagainya dan dikatakan yang memberi pinjam adalah orang bunian. Kebenaran cerita ini tak diketahui kerana tiada individu yang boleh mengesahkan peristiwa tersebut. Selain itu, Bukit Langkap mengalami banyak perubahan keatas fizikalnya. Pada tahun 60-an, bukit ini telah ditebas tebang untuk dijadikan kawasan tanaman padi huma dan setelah kawasan itu tidak produktif lagi, ianya telah ditanam dengan pokok buah-buahan seperti yang dapat dilihat sekarang).
Perhubungan dengan dunia luar (Pekan Kuala Berang) untuk Kampung Bukit Gemuroh pada sekitar tahun 50-an sehingga awal 60-an, adalah sungai sahaja iaitu Sungai Tersat. Disekitar tahun-tahun tersebut Sungai Tersat sangat dalam dan sesuai dimudiki oleh perahu dagang. Perahu dagang yang paling popular pada masa itu adalah Perahu Dagang Che Ali kerana daripada beliau lah penduduk mendapat bekalan ikan dari laut. Selain itu, perhubungan lain hanyalah berjalan kaki ke pekan sambil membawa barang dagangan seperti ubi dan sayuran. Jalan yang dilalui sekadar laluan hutan dan denai. Selepas merdeka, penduduk kampung baru lah beroleh jalan raya yang dibuat yang merupakan tanah merah yang berbecak. Dikatakan kederaan pertama yang memasuki kampung pada masa itu ialah kereta ranger yang menguruskan hutan dan tanah.
HIBURAN DAN KEBUDAYAAN:
Pada tahun 50-an sehingga tahun 70-an hiburan yang ada hanya rodat, panggung silat dan tarian balai. Permainan rodat di masa itu sangat popular dan dimainkan di majlis kenduri kahwin dan majlis berkhatan. Pasukan ini ditubuhkan oleh persatuan belia yang bergerak aktif pada masa itu dan pasukan ini menerima tempahan untuk membuat persembahan di kampung-kampung lain. Panggung silat dikendalikan oleh tok-tok guru silat dan disertai oleh golongan muda. Tarian balai bergerak aktif pada tahun 70-an sehingga akhir tahun 90-an. Selain itu, ada tauke wayang, bermain wayang gambar dengan mengunakan kembes atau pun daun kelapa sebagai panggung wayang,tiketnya di masa itu berharga 20sen (1968). Semua kebudayaan yang ada pada tahun itu, kini sudah tidak lagi bergerak aktif dan hampir pupus kerana tiada golongan pelapis yang berminat untuk mempelajarinya. Kebanyakan kebudayaan yang popular pada waktu dulu, seperti wayang pacak kini telah dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan Kebudayaan. Permainan yang paling popular diwaktu itu adalah bola sepak dan beberapa permainan tradisional seperti gasing, galah panjang, bola cetong dan sebagainya.
KEMPIMPINAN:
Ketua kampung bagi Kampung Bukit Gemuroh boleh dibahagikan kepada dua iaitu ketua kampung sebelum merdeka dan sesudah merdeka:
a) Pimpinan sebelum merdeka:
1) Hamzah bin Khatib Salleh.
2) Hamzah bin Deraman,
3) Tun Hamzah bin Tun Abdullah
b) Pimpinan Kampung Bukit Gemuroh selepas merdeka.
1) Tun Hamzah bin Tun Abdullah
2) Mahmud bin Ahmad
3) Tun Mat bin Tun Hamzah
4) Taha bin Long
5) Abdul Manan bin Hassan
6) Abdullah Mamat
7) Abdul Rashid bin Ismail.(Sehingga sekarang 2011)
Rodat
Ya la mu yahayun
muyya la na qayyun
mu yahaye allah qalulabitaya
Ni Ashallilana lana ladihama
Bia duniwa allah niwa ladunia
{sedikit lirik dari permainan rodat..Perlu disebutkan disini tarian rodat sangat popular di abad yang lalu,( sekitar tahun 1930 hingga 1950). Ada beberapa nama guru rodat yang mengajar tarian ini,seperti Pok Loh Rodat dan Hasan bin mahmud (Tok Hassan)}
Pada pertengahan tahun 1960, penduduk Kampung Bukit Gemuroh boleh menerima kepimpinan seperti persatuan belia MAYC. Dimasa itu ada beberapa nama yang sangat aktif bergerak dalam pergerakan belia MAYC.
1) Ahmad Salleh..
2) Rafi'i Abdullah.
3) Ngah Ahmad
Pada masa tersebut, disekitar tahun 60-an persatuan belia MAYC ditubuhkan pada seluruh Mukim Tersat mungkin kerana penerimaan di masa tersebut agak kurang mengalakan, jadi persatuan ini tidak ditubuhkan di setiap kampung di Mukim Tersat. Salah satu jasa mereka sehingga sekarang adalah pembukaan Air Terjun Sekayu.
Selain itu kegiatan mereka berkisar kepadapermainan dipentas iaitu berdrama, bersandiwara, rodat dan tarian balai. Dalam bidang sukan bola sepak pula, Kampung Bukit Gemuroh sangat dikenali dan disegani oleh kampung-kampung lain yang terdapat di daerah Hulu Terengganu kerana ketangkasan pasukan kampung ketika bermain bola sepak. Ramai nama yang disegani diketika itu, antaranya ialah Mokhtar Mat Amin, Mokhtar Mat Zin dan Mohd Ghani Yusuf, Nama lain yang paling ligat dipadang pada tahun - tahun 70-an ialah Mahalim Shah. (Ada yang masih hidup dan ramai telah pun meninggal dunia). Belia Kg Bukit gemuruh telah diberi perhormatan untuk menjual tiket dan menjaga pintu masuk Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semasa perlawanan bola sepak Piala Malaysia pada tahun-tahun 60-an.
Disini lah tapak sekolah lama di Kampung Bukit Gemuroh.
PENDIDIKAN:
Pendidikan awal di Kampung Bukit Gemuroh hanya diterima selepas perang dunia yang kedua yang bertepatan dengan penyerahan kalah oleh Jepun (penaklukan Jepun di Tanah Melayu dimasa perang dunia ke 2) pada tahun 1945. Bahasa pengantar dimasa itu adalah bahasa arab,guru yang disebut pada masa itu adalah:
1) Ustaz Ngah bin***********
2) Cikgu Jusuh bin*****
3) Cikgu Ali bin********
(Khidmat guru-guru ini telah dihentikan sebab terjadi dharurat ditanah melayu pada tahun 1948. Perlu juga diketahui khidmat guru-guru ini bukan dibiayai oleh pemerintah pada masa itu, tetapi gaji yang diperolehi hanya lah dengan memungut daripada orang kampung dan pelajar. Semuanya berjumlah 20sen sahaja.)
Rupa dan wajah duit yang bernilai 20sen, Tertera disitu duit ni keluaran tahun 1948.
Pendidikan yang kedua hanya bermula pada akhir dharurat. Guru yang mula-mula datang berkhidmat adalah sepasang suami isteri yang bernama Cikgu Awang dan Cikgu Hawa dan pada tahun berikutnya telah dihantar seorang lagi guru untuk membantu yang bernama Cikgu Zawawi. Guru-guru ini dikatakan sangat erat dengan penduduk kampung sehinggakan mereka dianggap sebahagian daripada penduduk. (ketiga-tiga mereka telah pun meninggal dunia pada sekitar tahun 90-an, Alfatihah untuk mereka. Mereka amat banyak berjasa keatas warga Kampung Bukit Gemuroh, sehingga dikatakan manusia yang pertama untuk Kampung Bukit Gemuroh yang membawa/mempekenalkan perkataan baru kepada penduduk) Pada tahun pertama persekolahan, murid hanya lah dikumpulkan pada satu kelas/darjah sahaja. Pada setiap akhir tahun, diadakan ujian untuk menentukan kelayakan murid-murid naik darjah yang berikutnya. Pada tahun pertama sekolah diperkenalkan, murid-murid hanya lah ada beberapa orang sahaja.
Cikgu embat binti Ismail..
(Cikgu Embat binti Ismail @ Jusuh, satu2nya cikgu yang mengajar dikampung bukit gemuroh sebelum merdeka dan masih hidup dan masih lagi sihat,Baru2 ini pada 8hb.julai 2012 beliau telah datang kekampung bukit gemuroh untuk menemui murid2 nya yang masih hidup,Ramai dari murid2nya telah pun meninggal dunia,Beliau tinggal dijertih,besut terengganu bersama anak2nya.Umur beliau dikatakan lebih dari 90thn..Jasa cikgu ini tak terperi banyaknya keatas warga kampung bukit gemuroh,Semuga beliau sihat sejahtera...)
Guru2 yang lain yang sangat dikenali dan telah menjadi guru tukaran kepada Cikgu Awang dan Cikgu Hawa ialah Cikgu Ismail bin Omar dan isterinya Cikgu Embat binti Ismail @ Jusuh. Kedua2 guru ini telah datang berkhidmat sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Cikgu Ismail telah meninggal dunia pada tahun 90an yang lalu tetapi isteri nya masih hidup sehingga sekarang dan masih sihat.Nama murid-murid yang pertama bersekolah adalah seperti berikut:
1) Saleh Abdullah *
2) Ngah Ahmad *
3) Abdul Wahab Hassan
4) Long Ahmad
5) Meriam Abdullah
6) Mat Zin Mamat *
7) Ahmad Saleh. *
8) Ismail Jaafar. *
9) Jusuh Ahmad. *
10) Samad Mamat. *
11) Botok *
12) Seman *
13) En Mansur Zin *
14) Mansur Omar
15) Mamat che Man *
16) Wan Zainab
17) Lijah Ahmad
18) Hitam bt Hamzah
19) Hassan Abdullah
20) Taha Long
21) Harun Hassan *
22) Halimah Hitam
23) Sulong bt Ahmad *
(Nama-nama yang ditanda telah pun meninggal dunia dan mereka-mereka yang masih hidup sudah pun berumur melebihi 70 tahun)
Sekolah baru yang dalam pembinaan sekarang dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.
Senarai diatas merupakan murid yang paling tua di Kampung Bukit Gemuroh. Ramai lagi yang masih ada sehingga sekarang. Manakala penduduk yang lebih tua daripada itu merupakan ibubapa kepada murid-murid tersebut dan tidak bersekolah.
Selain itu, pendidikan lain seperti pendidikan agama diajar oleh guru-guru yang mengajar Al-Qur'an dan fardu kifayah yang dikendalikan oleh khatib dan iman masjid. Guru pengajian Al-Qur'an yang paling berwibawa ialah arwah Tuan Padang dan sangat disegani oleh murid-muridnya. Khatib yang paling diingati sehingga sekarang bernama Tok khatib Hassan. Iman yang paling masyhur di Kampung Bukit Gemuroh bernama Tok Iman Loh atau Abdullah bin Mat zin, Arwah merupakan guru Al-Qur'an dan juga iman masjid. Beliau juga merupakan bomoh tradisional dan khidmatnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun 60-an di kampung ini ada upacara mandi safar, Setelah diberi tarbiyah sedikit demi sedikit kegiatan ini terhapus dengan sendirinya, (Semoga ALLAH mengampun kan dosa penduduk yang sangat jahil diwaktu itu.) Kegiatan lain yang dikendalikan oleh imam dan bilal adalah ratib kampung, Ratib ini sangat berpengaruh diwaktu itu. Ia seolah-olah satu ritual. Ratib ini akan dibuat apabila terjadi wabak penyakit keatas binatang dan penduduk. Biasanya ratib ini akan disertai oleh semua penduduk kampung yang lelaki. Ia dimulakan dihujung kampung dan disudahi dihujung yang sebelah lagi. Ditengah2 antara keduanya penduduk akan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang diputuskan terlebih awal.
Iman dan bilal boleh juga dibahagi kapada dua, iaitu Iman dan Bilal sebelum merdeka dan selepas merdeka:
a) Iman dan Bilal sebelum merdeka:
1) Khatib Salleh***** }
2) Omar bin ************* } Menjadi imam pada tahun2 40-an
3) Tok haji Zin bin Ali. }
4) Tok bilal Kasim bin ******* }
5) Khatib Hassan bin Abu Bakar@Ahmad }
6) Abdullah bin Yahya } Menjadi iman pada tahun 50-an
7) Tok Bilal Pilus bin Tok Khatib Hassan }
8) Hamzah bin Khatib Salleh }
b) Iman dan Bilal selepas merdeka
1) Abdullah bin Mat Zin
2) Latif bin Salleh
3) Jusuh bin Taib @ Tayib
4) Ahmad Jaafar
5) Ahmad bin Hamzah.
6) Abdul Ghani bin yusuf.
7) Sulong bin Ibrahim
8) Mansur bin Omar
Masjid Kampung Bukit Gemuroh dibina pada tahun 70-an dan diubah sedikit demi sedikit seperti yang ada sekarang, Sebelum merdeka, masjid ini terletak di atas bukit, iaitu ketimur dari masjid yang ada sekarang.
Kitab kecil ini sudah berusia 70 dan 50 tahun, ia menjadi panduan ustaz2 yang datang mengajar pada tahun2 50-an.
Selain dari pengajian diatas, tok-tok guru yang datang mengajar secara sukarela dibeberapa buah rumah yang disediakan oleh penduduk kampung. Pengajian ini boleh dikatakan lebih kepada menuntut. Yang dimaksudkan dengan menuntut ialah Ilmu-ilmu yang diajar menjurus kepada Ilmu kebatinan dan tarikat. Ramai anak murid kepada guru-guru yang mengajar Ilmu kebatinan hidup sampai sekarang.
KEMUDAHAN ASAS
a) Jalan raya hanya dibina selepas merdeka pada tahun 1957, merupakan jalan tanah merah dan berbecak untuk menghubungkan pekan terdekat (Pekan Kuala Berang). Pada awal tahun 70-an baru lah jalan diturap dengan tar dan mutu turapan yang sangat rendah.
b) Balai raya, klinik dan tali air dibina pada awal merdeka. Disitu lah tempat menjadi tumpuan untuk dapat khidmat dan pekerjaan.
c) Sekolah dibina sebelum merdeka dan dikatakan kemudahan asas yang paling awal dibina selain dari pada masjid. Disitu lah tempat perjumpaan penduduk kampung kerana dewan orang ramai dan balai raya masih belum lagi dibina.
d) Masjid merupakan bangunan yang paling awal dibina di Kampung Bukit Gemuroh. Sebenarnya masjid dibina dibanyak tempat bermula dari Kampung Tepas (kampung yang di bina sebelum perpindahan penduduk ketempat yang ada sekarang). Di awal perpindahan, masjid dibina diatas bukit Kampung Bukit Gemuroh, Mungkin kerana untuk keselesaan bangunan ini telah dipindahkan ketempat lain iaitu ditapak yang ada sekarang.
e) Letrik dan bekalan air hanya dapat dimiliki oleh penduduk diawal tahun 80an.
PEKERJAAN DAN CARA HIDUP:
a) Pekerjaan.
i) Pertanian awal yang diceburi pada masa itu adalah penanaman getah. Getah ditanam seawal Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan pokok getah merupakan tanaman yang mula2 ditanam di Kampung Bukit Gemuroh seawal tahun 40-an. ( industri getah bermula di Kuala Kangsar pada tahun 1877 dan telah mula-mula diestetkan di Melaka pada tahun 1902 dan dari situ lah penanaman getah mula merebak keseluruh tanah melayu) Tidak diketahui siapa kah yang mula-mula membawa benih getah ke Kampung Bukit Gemuroh. Dikatakan penduduk yang paling menguasai penanaman getah bernama Haji Ali bin Sulaiman dengan kebun beliau seluas 50 ekar dan dikatakan individu yang paling berharta pada masa itu. Kebanyakan dari penduduk kampung mempunyai kebun getah sendiri dan menjadikan getah sumber pekerjaan mereka. Kebanyakan dari mereka mempunyai kebun dari 2 ekar sehingga 9 ekar. Dengan keluasan yang seperti itu sudah memandai setelah dicampur dari hasil sumber lain.
Jiran kepada getah adalah kelapa sawit. Kelapa sawit dikatakan sebagai satu tanaman mewah kerana kos penjagaannya adalah tinggi. Kelapa sawit tanaman yang diusahakan agak terkemudian sedikit berbanding tanaman lain. Kelapa sawit mula ditanam pada tahun-tahun 80-an. Mungkin kerana kehidupan pada masa itu agak susah kerana tanaman ini tidak diusahakan terlebih awal. Setelah ada galakan daripada agensi seperti RISDA barulah penyertaan penduduk jadi bertambah. Dengan harga yang tinggi tanaman ini sangat berpontensi hingga sekarang.
ii) Pertanian yang paling penting adalah tanaman padi. Tanaman padi hanya bertaraf sara diri dan tidak dikomesialkan kerana kekurangan kawasan penanaman. Tanaman padi dibahagikan kepada tiga, iaitu padi bukit, padi huma dan padi sawah. Pada mulanya. penduduk Kampung Bukit Gemuroh hanya mengusahakan penanaman padi bukit. Tempat yang paling popular untuk penanaman padi ini adalah disekitar Bukit Langkap(t) dan kawasan sekitar nya. Cara penanaman sangat mudah iaitu tebas/tebang, bakar (bersih kawasan) kemudian barulah menanam biji benih. Pada masa yang sama tanaman padi huma diusahakan dikawasan yang mendatar, cuma penanamannya agak berbeza sedikit kerana tanah perlu dibajak dahulu dengan menggunakan khidmat haiwan ternakan seperti kerbau dan lembu. Tempat yang paling popular untuk penanaman ini seperti Pasir Tok Ali, Pasir Panglima, Kandis dan Tanjung Limau. Penanaman padi sawah diusahakan terkemudian sedikit. Disebabkan tanaman padi huma dan padi bukit kurang produktif menyebabkan penduduknya telah bertukar kepada penanaman padi sawah. Pihak kerajaan mula memberi subsidi (bantuan) kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanaman padi sawah berbentuk baja dan mesin membajak sawah. Tempat yang diusahakan tanaman padi sawah ialah Padang Nibong. Kawasan tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 70 ekar dan sangat berpadanan dengan taraf sara diri dalam penanaman tersebut.
iii) Kacang tanah merupakan satu noltalgia kapada penduduk kampung kerana tanaman ini mula2 memberi pendapatan kepada penduduk. Ia disertai oleh semua lapisan dari golongan muda hingga golongan tua. Sejak daripada awal penanaman sehingga memungut hasil, penduduk mengusahakannya secara bergotong royong, kadang-kadang ia dianggap 'pesta' . Tanaman ini diusahakan secara komersial pada akhir tahun 60an dan ia tidak diusahakan lagi pada pertengahan tahun 80an secara komersial, tetapi diusahakan secara kecil-kecilan oleh sesetengah penduduk kampung sehingga sekarang. Tempat tanaman ini diusahakan di tanah di tepi sungai yang diselang seli dengan penanaman padi huma.
iv) Selain dari tanaman tersebut ada sebahagian nya menanam sayur,tembakau dan berkebun buah2an.
v) Sebahagian besar penduduk menjalankan kegiatan penternakan seperti lembu, kerbau, kambing biri2,ayam,itik dan ikan, tetapi tidak dikomersialkan secara menyeluruh.
vi) Ada sebahagian kecil dari penduduk kampung , pada tahun2 60-an bekerja sebagai guru, ustaz dan pembantu dijabatan kerajaan. Bilangan nya adalah terlalu sedikit.
vii) Perniagaan paling awal yang dilakukan oleh penduduk Kampung Bukit Gemuroh pada awal tahun 1957 iaitu sebelum Malaya diisytiharkan kemerdekaannya. Kedai hanya lah sebuah kedai syarikat Kampung Bukit Gemuroh dan dijaga oleh penduduk yang dipilih. Gaji diketika itu hanya lah berjumlah 3 ringgit sehari. Barang jualan berupa gula,gandum,manisan (gula melaka)kopi,teh,biskut,gula2 atau pun coklat (nescafee dan milo tak ada lagi masa tu, kerana dikatakan sebagai barang mewah. Beras memang tak dijual lagi sebab penduduk sendiri menanam padi dan masih mampu untuk saraan diri sendiri) Gula dan gandum dijual dalam timbangan kati serta dibungkus dalam kertas, harga gula sebanyak 25sen sekati manakala gandum berharga 15sen sekati. Biskut dijual dalam bentuk keping, (5sen bagi 5 keping) Kedai syarikat muflis disebabkan pekerjanya kurang berpengalaman. Selepas itu kedai bertambah kepada beberapa buah untuk membekalkan keperluan kepada penduduk. Kedai yang paling popular pada masa itu ialah Kedai Gan Kim Huat.
b) Cara hidup
Cara hidup penduduk kampung banyak mengalami perubahan sejak dulu sehingga sekarang. Dulu. kehidupan bermaterial tidak menjadi satu cara hidup sangat, pergaulan antara penduduk sangat erat. Penduduk saling membantu antara satu sama lain.
Diawal pagi penduduknya dah pun keluar mencari rezeki sama ada menoreh getah, berkebun, atau menanam padi.(Kebanyakan kerja dibuat secara gotong royong seperti tenggala (bajak) tanah dengan kerbau, mencedung padi dan sebagainya.) Bagi golongan kanak-kanak pula di hantarkesekolah dan ada sebahagian kecil golongan muda berkerja makan gaji sama ada mengambil upah bekerja di ladang atau dengan kerajaan. Dan ada sebahagian nya hanya lepak dikedai kopi sambil bermain dam. Kalau tiba musim banjir, penduduk tidak lagi melakukan aktiviti di kebun/ladang, sebaliknya pergi memukat ikan, Selepas banjir kegiatan lain pula yang menjadi tumpuan, seperti menauk ikan, menahan lukah atau bubu serta tuar. Begitu lah pusingan nya setiap tahun rutin yang terpaksa dilalui oleh penduduk kampung. Kalau ada majlis kahwin, kematian atau majlis-majlis tertentu. penduduk akan bergotong royang membantu menjayakan majlis tersebut sehingga selesai.
NAMA-NAMA TEMPAT/KAWASAN PERTANIAN YANG POPULAR DIMASA DULU-DULU:
Pasir Kasar, Pasir Tok Ali, Pasir Babi, Pasir Panglima, Padang Nibong, Kandis, Tanjung Limau, Pulau Buaya, Bukit Langkap, Paya Bukit Ubi, Darat Rumah, Jongok Setar, Paya Tok Lebai Mahmud, Paya Tok Galak, Kubang Pandan, Teluk Cempedak, Air Ulu, Buluh Apa(hampa), Alur Batu,Banggul lelah, Bukit Gambir, Bukit Perah, Paloh, Bukit Cengal Pulasdan beberapa nama lain yang agak terpencil.....seperti Kubang Mak Mitho Jering Tupai dan Bukit Ah Kang.
Oleh kerana Kampung Bukit Gemuruh dibina ditepi sungai, wujud pengkalan mandian bagi penduduk kampung dengan nama masing2 seperti Pengkalan Kasar, Pengkalan Masjid, Pengkalan Tengah, Pengkalan Bukit Gemuruh dan Pengkalan Padang Nibong. Semua pengkalan mandian ini masih wujud lagi tapi sudah jarang2 digunakan (hanya tinggal kenangan).
(PALOH : Paloh merupakan sebuah tasik ladam terjadi dari sungai tersat.Dikatakan pada kurun ke-19 sungai tersat di Kampung Bukit Gemuruh (dulu Kampung Tepas) sangat berliku dan menyusahkan perahu dagang dan penduduk kampung di sebelah hulu untuk berulang alik ke FO- LA- AN ( nama Kuala Berang lama). Dikatakan sungai tersat pernah digunakan oleh Pendakwah Islam Arab dalam usaha mereka untuk menyebarkan Islam. Untuk menyenangkan perahu2 dagang dan penduduk kampung melakukan aktiviti, maka keputusan diambil untuk mengali kawasan yang paling pendek antara tebing yang berliku bagi memudahkan perjalanan. Perlu diingat waktu ini sungai merupakan jalan terpenting untuk pergi ke sesuatu tempat selain dari denai2 hutan).
REAKSI PENDUDUK KAMPUNG BUKIT GEMUROH SEMASA PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 1957.
Oleh kerana Kampung Bukit Gemuroh terletak dikawasan yang agak jauh (pendalaman) dari kawasan pekan, pada hari Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia, penduduk Kampung Bukit Gemuroh tak terasa dan tidak mengetahui tentang tarikh tersebut. Diceritakan perkara tersebut terjadi disebabkan masalah perhubungan yang sememangnya menyukarkan penduduk berhubung dengan masyarakat luar. Dikatakan walaupun peristiwa kemerdekaan adalah penting dalam sesebuah negara dan rakyat mesti menyambutnya dengan sukacita dan bersyukur, tapi peristiwa tersebut (merdeka) tak terasa dikawasan yang tertentu seperti Kampung Bukit Gemuroh, kerana keadaan (peperangan dan penaklukan penjajah) tak menyukarkan. (Kampung Bukit Gemuroh terletak ditempat yang agak terkeluar dari kawasan bermasalah, jadi peristiwa seperti pertempuran dengan pihak penjajah tidak terjadi dalam kadar yang kerap. Diperistiwa dharurat di Tanah Melayu dapat dirasakan oleh penduduk kampung kerana adanya perintah berkurung dikuatkuasakan dan kelibat komunis bintang tiga ada kelihatan, tetapi kurang membawa masalah kapada penduduk. Jadi perisytiharan kemerdekaan tidak menjadi satu peristiwa yang dinanti2kan. Sekiranya tiada perintah berkurung kemungkinan besar peristiwa dharurat di Tanah Melayu tidak diketahui oleh penduduk Kampung Bukit Gemuruh .Dan kemungkinan besar masalah pendidikan di masa itu yang tidak memungkinkan erti merdeka dihayati dengan sepenuhnya.)
KAMPUNG BUKIT GEMUROH SEKARANG:
Kampung Bukit Gemuruh boleh dikatakan mengalami perubahan yang agak sederhana sejak ia diwujudkan pada dari tahun 1927. Rumah - rumah untuk dijadikan penempatan kekal telah banyak didirikan. Waktu dulu,secara puratanya, rumah penduduk kampung mungkin sebanyak 50 buah rumah sahaja. Tetapi kini, sebanyak 136 buah telah bertambah. Begitu juga dengan penduduknya, mungkin sekarang seramai 500 orang penduduk (dianggarkan secara rawak). Dari segi kemudahan asas pula,telah banyak didirikan untuk memberi keselesaan kepada penduduk kampung. Antaranya :-
1) Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh (sedang dibina untuk mengantikan dan membaikpulih bangunan yang sedia ada.)
2) Dewan sivik.
3) Balairaya.
4) Klinik.
5) Dewan orang ramai (dalam pembinaan)
6) Masjid dan surau
7) Gelanggang Serba Guna ( boleh digunakan untuk bermain bola tampar, takraw, badminton dan futsal )
Walau bagaimana pun, insfrastruktur telah sedia ada ini belum mampu untuk memberi keselesaan yang sewajarnya kepada penduduk kampung. Hal ini terjadi kerana tiada kawasan yang strategik untuk membina kemudahan asas yang lain seperti yang terdapat di kampung - kampung lain. Untuk menampung penduduknya yang semakin ramai, pihak berkuasa telah pun kebenaran untuk membina/membuka satu kawasan penempatan baru bagi penduduk kampung di satu kawasan di Bukit Cina dan telah pun diberi pemilikan tetap.
Dari segi perekonomian pula, penduduknya boleh dikatakan berada ditahap yang sederhana. Majoriti penduduknya masih berkerja sebagai petani, sebahagiannya bekerja sebagai peniaga dan ada yang menjawat jawatan dalam kerajaan. Sebanyak 5 buah kedai telah didirikan untuk menampung keperluan asas penduduk (sebuah kedai runcit dan 4 buah kedai kopi/makan.) Terdapat sebahagian kecil penduduk kampung berhijrah ke negeri - negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan sebagainya untuk mencari rezeki. Tahap pendidikan penduduknya pula, majoritinya ditahap menengah dan ada sebahagiannya lepasan universiti.
(Kampung Bukit Gemuroh terletak 45km jauh nya dari bandar raya kuala terengganu dan 8km dari kuala berang..Kawasan rekreasi: Jauh nya tempat2 tersebut ialah seperti berikut.Air Terjun sekayu 8km,Kawasan Perkelahan kampung Belukar Bukit 13km.Pengkalan Gawi Tasik Kenyir 47km,Empangan hidro letrik Sultan Mahmud 20km.Kawasan sintuari gajah dipersisir tasik kenyir 100km)
Semuga kampung bukit gemuruh sentiasa dalam rahmat ALLAH.SEKIAN...
Suasana kampung bukit gemuruh pada waktu petang,Kesibukan jalan nya tak lah ketara sangat.
Majlis yang macam ini sentiasa mendapat kerjasama olih penduduk kampung
.
Peta menunjukkan kampung Bukit Gemuruh dan sekitar nya,Semua tempat yang disebut diatas ada dalam peta ini..Tertera didalam nya kampung lama Bukit Gemuruh iaitu kampung Padang Tepas....