Rabu, 17 April 2013

Kampung Bukit Gemuroh/BBQ



.....KENDURI KESYUKURAN  ANJURAN JKKK KAMPUNG BUKIT GEMUROH.....

                   Tanggal  17 Februari 2013,hari Ahad,bersamaaan 6 rabiulakhir tahun 1434 hijrah, pihak JKKK Kg Bukit Gemuroh telah mengadakan satu majlis BBQ sempena meraikan kecemerlangan generasi kedua penduduk Kg Bukit Gemuroh dari segi akademik dan pelajaran. Majlis ini diadakan pada waktu malam iaitu selepas waktu isyak. Anak - anak yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diraikan pada malam itu dengan jamuan kambing panggang, ikan dan ayam bakar.  Mereka diberi wang saguhati dan sedikit hamper sumbangan JKKK Kg Bukit Gemuroh. Antara mereka yang diraikan  ialah..Ahmad Kamarul Munir. Beliau diraikan atas kecemerlangan beliau dalam menyertai setiap pertandingan di arena sukan motorcross dan mengharumkan nama Kelab HTMCC. Selain itu, Mohd Asri Mat Amin juga diraikan diatas kecemerlangan yang ditonjolkan dalam sukan berbasikal. Manakala yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan pula ialah anak Pok De Liman iaitu Muqri (nama panggilan di kg) Hidayah   ( nama panggilan kg), Jarodah Zakiah Zamri, Hafiz anak Samsudin.  Program ini drasmikan oleh YB Rozi. Majlis ini berakhir pada jam 11.30 malam. Terima Kasih diucapkan kepada semua  orang - orang kampung yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung.

JOM SEKODENG - SEKODENG....




  • SUASANA SEBELUM MAJLIS BERMULA.....




















































  •  SUASANA SEMASA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG.



ucapan perasmian YB Rozi bin Mamat..Santai je YB, berkain pelikat dan berbaju melayu.


Orang ramai mula memenuhi majlis..




























kambing yang dipanggang...



ikan bakar juge antara salah satu menu malam tu..




Control macho..






























acara tumbuk emping juga diadakan untuk memeriahkan majlis...















goreng padi...
















Emping yang sudah siap ditumbuk...




.....SEKIAN....