Ahad, 2 September 2012

Kampung Bukit Gemuroh/Masjid

Bukit Gemuroh Village

Bila geduk berbunyi...

                   Satu malam..terdengar 1 suara lantang dari seorang anak muda melaungkan azan..menyeru umat islam agar menunaikan rukun islam yg ke 2. Alhamdullillah, Kg Bukit Gemuroh sudah ada pengganti bilalnya pada masa akan datang. Suara itu datang dari seorang anak muda yang berasal dari Kg Bukit Gemuroh, tetapi menentap di bandar besar untuk mencari rezeki.. Tetapi, persoalannya di sini..mahukah anak muda itu berkhidmat di situ? Dan..tiada lagikah anak muda lain di Kg Bukit Gemuroh yang berminat untuk ke masjid bagi memenuhi saf ketika solat 5 waktu?? Jawatan Tok Bilal, Tok Imam, Tok Khatib..menginginkan pelapisnya... Masjid..kini penghuni tetapnya hanya terdiri daripada golongan warga emas..

Asal Usul Masjid Kg. Bukit Gemuroh...

 Disini lah tapak yang pertama masjid kampung bukit gemuroh...

Semejak wujudnya kampung Bukit Gemuroh, masjid  Kg Bukit Gemuroh telah beberapa kali mengalami perubahan sama ada pengubahsuaian atau perpindahan. Perpindahan pertama dilakukan  pada tahun 1927 , ketika itu Kg Bukit Gemuroh telah dipindahkan daripada Kg Tepas ke tapak kampung  yang ada sekarang. Perpindahan kedua pula dilakukan pada tahun - tahun  sebelum merdeka kerana perpindahan yang pertama dahulu tersilap logistik, Keadaan  ini disebabkan kesukaran  untuk mendapatkan bekalan air bersih. Waktu itu,  bekalan air bersih yang disalurkan di rumah - rumah masih belum didapati lagi. Penduduk Kg hanya bergantung pada mata air sungai dan perigi sahaja.

Selepas perpindahan yang kedua ditapak asal (sekarang) masjid Kg Bukit Gemuroh telah beberapa kali mengalami pengubahsuaian, Pengubahsuaian  pertama dilakukan pada tahun 1968, pada tahun itu bangunan masjid yang asal dirombak terus kesemuanya dan dibina kembali,pembinaannya yang baru dan mengambil masa yg lama untuk disiapkan. Bangunan masjid yang sementara waktu didirikan  untuk sembahyang jumaat  dikawasan terbuka iaitu ditapak dewan org ramai yang baru - baru ini dibangunkan.
Kepelbagaian Peranan Masjid..

Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang.
Masjid Hambar Vs Kelebihan Masjid
Peranan masjid tika ini dilihat masih hambar. Walaupun ada usaha untuk memakmurkan masjid yang timbul daripada kesedaran yang tinggi, namun usaha ini masih perlu digiatkan lagi. Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Masjid sangat banyak kelebihan:
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari)
Apa yang nyata, persepsi umat Islam terhadap masjid masih samar-samar kerana minda mereka telah digasak sekian lama bahawa masjid hanya tempat untuk beribadah sahaja. Sebarang aktiviti yang bukan berbentuk keagamaan tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia dilihat boleh mencemarkan martabat masjid! Ini adalah persepsi yang salah. Ianya timbul daripada kekeliruan hasil daripada gerakan sekularisme yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup duniawi dalam diri umat Islam. Umat Islam hanya sesuai untuk beribadah sahaja, manakala aktiviti keduniaan tidak perlu diserahkan pada umat Islam. Atau dengan maksud yang lain, masjid hanya untuk kegiatan agama sahaja, manakala aktiviti lain perlu dilakukan di luar masjid.

Peranan masjid perlu dihidupkan semula. Sirah telah membuktikan bahawa masjid merupakan jentera penggerak kepada perkembangan Islam ke seantero dunia. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mentadbir negara bermula dari masjid. Baginda mengajar, berpidato, bersidang, menerima kunjung hormat para tetamu, merangka strategi peperangan dan lain-lain lagi urusan keduniaan di masjid. Masjid ketika itu bukan sekadar tempat ibadah, bahkan ia adalah sebuah universiti yang telah melahirkan para graduan yang hebat iaitu para sahabat r.ahm. Masjid adalah parlimen, dewan sambutan, dewan acara dan apa saja yang ingin kita namakan. Bukan bentuk masjid yang menjadi keutamaan kerana Masjid Nabawi pada zaman itu hanya sebuah masjid yang cukup sederhana. Tidak seperti masjid-masjid zaman ini. Namun yang penting adalah pengisiannya. Bagaimana masjid perlu digerakkan agar menjadi sebuah pusat janakuasa kekuatan umat Islam kini. Apa guna masjid yang tersergam indah, tetapi kosong seperti jasad yang tidak bernyawa ditambah pula dengan jumlah jemaah yang tidak sampai pun satu saf!

               Kini, di masjid Kg Bukit Gemuroh..selain melakukan aktiviti menunaikan solat 5 waktu, penduduknya juga membuat aktiviti kemasyarakatan. Sekiranya ada program yang dianjurkan oleh JKKK Kg Bukit Gemuroh seperti program rotong membersihkan kampung, program anak angkat, program assyura, program sambutan maulidur rasul dan sebagainya..semua akan berkumpul di masjid untuk memasak. Setiap hari rabu @ khamis..golongan wanita akan datang ke masjid untuk belajar mengaji Al-Quran yang di ajar oleh seorang ustazah. Manakala pada sebelah malam pula, hanya pada hari tertentu sahaja akan datang seorang ustaz datang ke masjid untuk memberi ceramah dan tunjuk ajar serba sedikit mengenai solat dan hal-hal agama islam. Tetapi yang mengecewakan di sini..hanya golongan warga emas sahaja menjadi pengikut setia majlis2 agama yang dianjurkan. Ke manakah golongan BELIA warga Kg Bukit Gemuroh ini?? Wallahualam...
 











Kesimpulannya..
Justeru, kita perlu bermuhasabah semula. Kita perlu fikirkan bersama cara untuk mem'popular'kan masjid sebagai sebuah pusat kegiatan segala aktiviti. Sebagaimana masjid merupakan tempat sembahyang yang merupakan asas pembangunan umat Islam, maka sembahyang itu juga mendidik kita bahawa masjid adalah tempat yang sangat sesuai untuk menjana pembangunan dalam pelbagai sudut lebih-lebih dengan laungan pembangunan modal insan yang diwar-warkan sekarang ini. Oleh itu, mari kita fikirkan bersama mengenai perkara ini. Masjid perlu dihidupkan semula peranannya. Dihidupkan seperti zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan masjid perlu dihidupkan di dalam hati kita semua. Wallahu 'alam.

Kampung Bukit Gemuroh/Perasmian balai raya






Kampung Bukit Gemuroh/menangguk

 Kehidupan dikampung mempunyai banyak kegiatan sampingan selain dari bekerja rutin,Banyak kegiatan yang dilakukan oleh penduduknya.Salah satu darinya ialah menangguk ikan dan udang dikubang2 dan dialur2 disekitar  kampung....Aktiviti seperti ini dilakukan pada musim2 kering dimana dimasa itu taburan hujan nya sangat kurang,kerana kekurangan air maka kerja2 menangguk dan menimba kubang menjadi senang
Bagi sesetengah orang aktivity yang macam ini mungkin dikatakan membuang masa tapi bagi yang berasal dari kampung aktiviti yang seperti ini sudah pun berdarah daging..Boleh dikatakan menangguk salah satu dari hobi seperti memancing dan sebagainya,walau macam mana pun menangguk merupakan aktiviti bermusim sebab aktiviti ini sangat bergantung kapada masa2 yang tertentu...Menangguk juga seolah2 satu pesta kerana ianya melibatkan sekumpulan orang seperti keluarga dan jiran2 sekampung